Oleh : ISMAILY BUNGSU
GAMBAR di atas merupakan kereta
anak saudara saya yang dipinjam oleh Merdeka Haji Bolang dan dibawa ke Lahad
Datu dan bertahun tidak dikembalikan.
Berulang kali dilaporkan kepada
polis tetapi POLIS tidak mahu ambil tindakan dengan memberi pelbagai alasan meskipun mereka tahu kereta ini atas
nama anak saudara saya dan setiap bulan dia bayar ansuran RM800 di bank.
Kereta ini dipandu ke sana
sini di Lahad dan saman JPJ banyak sehingga menyusahkan anak saudara saya pula.
Sesudah empat tahun begitu,
kereta ini dijual kepada Daniel di Kudat melalui Rahman di Putatan. Kemudian
Daniel yang baru ketahuan tinggal di sebelah rumah saya di Likas dan
diceritakan Daniel beri sebuah kancil dan duit sekitar RM6,000 kepada Rahman
dan Rahman serah kepada Merdeka Haji Bolang di Lahad Datu yang pinjam kereta
berkenaan dan dibawa lari untuk dijual.
Bila Daniel mahu perbaharui
cukai jalan dan pergi ke bank; bank terus hubungi anak saudara saya dan Daniel
terkejut kerana kereta itu milik anak saudara saya iaitu pemilik sebenar
tercatat dalam kad pendaftaran kenderaan yang dikeluarkan Jabatan Pengangkutan
Jalan.
Lalu Daniel serahkan semula
kereta itu kepada Rahman dan Rahman pula tidak mahu menyerahkan kereta itu dan membuat
laporan Polis di Putatan. Adakah patut konon polis nasihati "jangan
serahkan itu kereta kepada pemilik sebenar."
Sepatutnya kereta itu
ditahan oleh Polis kerana anak saudara saya sudah beberapa kali membuat laporan
polis sejak empat tahun lalu sehingga sekarang, tetapi tiada tindakan diambil dan
kononnya sedang disiasat.
Apabila saya telefon polis
di Karamunsing, mereka memberi amaran keras, "jangan campur, kami sedang
siasat". Siasatan apakah yang memakan waktu bertahun-tahun? Peraturan apa
ini sehingga menyusahkan dan yang berhak sebenarnya teraniaya sekian lama
membayar ansuran setiap bulan.
Lalu Rahman pula bertanya di
sana sini siapa anak saudara saya dan anak saudara saya sebut nama saya dan
kebetulan Rahman juga berasal dari Membakut dan bersaudara dengan anak saudara saya
yang lain. Kesan saudara itulah terbuka hatinya lalu sebelum raya dia menelefon
anak saudara saya untuk berjumpa di Ibu Pejabat Polis Putatan kerana mahu mengembalikan
kereta berkenaan dan alhamdulillah dikembalikan dan tetapi flat nombor hilang
dan ada kerosakan di sana sini setelah 4 tahun dilanyak oleh Merdeka Haji
Bolang, seolah-olah milik sendiri.
Persoalan sekarang, saman
JPJ dan Polis begitu banyak dan dan masalah kedua Kancil milik Daniel dan wang
RM6,000 jadi mangsa. Kenapa manusia sanggup melakukan perkara seburuk ini dan
menyusahkan orang lain?
Seterusnya kenapa polis
begitu lambat mengambil tindakan barangkali kalau Rahman tidak tahu yang kami
ada hubungan saudara, maka sampai kiamat kereta itu tidak diserahkan kerana
polis gagal bertindak sewajarnya. Apakah tingkah POLIS yang berkenaan akan
terus berlaku kepada orang lain nanti?
Kenapa yang melakukan
perbuatan pinjam dan jual ini tidak diambil tindakan dan apakah kancil Daniel
dan wang Daniel RM6,000 dikira hilang begitu sahaja?
Bagaimana kalau berlaku
kepada diri anda atau saudara anda?
Semoga polis akan melaksanakan tanggungjawab yang sepatutnya. Jangan berat sebelah dan terpengaruh dengan pihak lain.
ReplyDeleteDiharap ada penyelesaian pasal hal ni.
DeletePihak polis patut jalankan tugas dengan penuh integriti.
DeleteBuat report polis saja, lepas tu tunggu hasil siasatan.
ReplyDeleteRasanya perkara macam ni tidak patut memakan masa selama bertahun2. Orang yang bawa lari kereta ni pun patut dikenakan tindakan.
ReplyDeletekalau sudah memakan masa sehingga 4 tahun, wajarlah pihak keluarga mangsa menyuarakan kekesalan mereka melalui media.. samada imej pihak yang ditujukan itu terjejas atau tidak, itu bukan salah pengadu..
ReplyDeletehal ini sebenarnya tak perlu ambil masa 4 tahun.
ReplyDeleteThe police should give further explanation regarding this case.
ReplyDeleteHopefully those who committed crimes will be given their punishment.
ReplyDelete