Saturday, 25 August 2012

SHAFIE MASIH BERMIMPI JADI KM SABAH?




Oleh : OSIN DIKUN

TIDAK mustahil jika Raja Katak 'PBS', Datuk Seri Lajim Haji Okin yang melompat ke kolam UMNO pada 1994 sehingga Barisan Nasional berjaya membentuk Kerajaan masih mengidam 'habuan' yang sama ketika melakukan lompatan sumbang pada 29 Julai 2012; tetapi agak mustahil bagi Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang terus bermimpi untuk menjadi Ketua Menteri Sabah setelah 13 percubaannya gagal.

Saya tertarik membaca artikel 'Is Musa on his way out?' oleh Calvin Kabaron di Free Malaysia Today yang mengitar semula impian Shafie dan rakan sekutunya Lajim meneruskan serangan demi serangan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.


Mungkin Calvin tidak berada di Kimanis ketika lawatan Perdana Menteri yang dihadiri lebih 30,000 tetamu (laporan media hanya menyebut 10,000; sedangkan bangku disediakan 22,000 dan lebih 10,000 yang terpaksa berdiri) kerana ketika itu Najib mengumumkan bahawa beliau meyakini 100 peratus Musa akan memimpin dan memastikan BN menang besar di Sabah.

Jika Najib ingin menggantikan Musa dengan Shafie, sudah pasti beliau tidak akan berani 'berbohong' di Majlis Berbuka Puasa Anjuran UMNO Kimanis dan sudah pastinya Shafie akan mendapat tempat di majlis berkenaan; malah tidak perlu bermasam muka dengan semua tetamu di Majlis Rumah Terbuka yang dianjurkan di rumah bapanya di Semporna (Shafie tidak mempunyai rumah di Semporna) baru-baru ini.

Mata Calvin mungkin tertutup oleh perkembangan semasa dan dipengaruhi banyak khabar angin tentang keburukan Musa Aman yang dijaja oleh Kumpulan Desperado seperti Lajim dan Wilfred Bumburing sehingga turut sama bermimpi bahawa Shafie bakal menggantikan Musa Aman; malah turut menjual nama Hajiji dan Masidi sebagai 'perencah basi' untuk menyedapkan 'kelentongnya'.

Mungkin Jabatan Audit Negara dan RAM Rating telah membuat kesilapan besar apabila memuji pentadbiran Musa Aman sehingga memberikan Rating AAA kepada Kerajaan Negeri Sabah kerana tidak mendengar khidmat nasihat Calvin yang terus melemparkan tuduhan liar kepada Musa Aman sebagai 'Vacuum Cleaner'.

Belum ada Ketua Menteri Sabah sebelum Pemerintahan Musa Aman yang dapat memastikan semua Agensi Pelaburan Kerajaan Negeri mencatatkan keuntungan luar biasa; bukan sahaja telah berjaya menyelesaikan hutang piutang bahkan mampu memberikan dividen kepada Kerajaan Negeri sehingga mempunyai surplus yang berlebihan.

Jadi untuk mencari kelemahan Musa sebagai Ketua Menteri Sabah amat sukar melainkan dakwaan liar berbanding untuk membongkar keaiban Shafie yang telah dibuktikan secara jelas oleh media masa dan siasatan SPRM terhadapnya dalam beberapa Skandal Projek Top-Up!

Dalam hal ini saya tidak menyebelahi atau membela Musa Aman atau Shafie; sebaliknya hanya menyatakan kebenaran yang tidak diketahui ramai; iaitu 'mustahil' Shafie menjadi 'Blue Eyed Boy' Najib kerana dalam masa yang sama mengaibkan Najib dengan tindakan yang Anti-UMNO; termasuk membiayai pengkhianatan 'Lajim, Rahim Ismail dan Datuk Peter Anthony' terhadap UMNO Sabah.

Bukan sedikit bukti yang telah didedahkan Sabahkini.net dan Shafie tidak mampu membuktikan beliau tidak terlibat dengan segala tuduhan berasas yang difailkan Ketua Penerangan Angkatan Muda PKR Sabah, Citra Masadi; termasuk puluhan laporan polis dan SPRM yang dibuat bukan sahaja oleh Citra; malah Ketua Cawangan UMNO.

Sehingga kini tidak ada alasan munasabah kenapa Najib harus menukar 'Panglima Perang' (Musa Aman) yang berjaya melonjakkan Sabah sebagai negeri yang berpendapatan tinggi (sekalipun terdapat masalah teknikal iaitu dakwaan Bank Dunia bahawa Sabah salah satu negeri termiskin di Malaysia) dan menggantikannya dengan 'Prebet Lapok' (Shafie Apdal) yang telah banyak menconteng arang ke muka Najib; terutama 'mencuri' wang orang miskin?

Mungkin Lajim wajar bersara daripada politik kerana 'Politik Pokok Pisang' tidak dapat hidup lama di zaman Najib setelah kecundang sebelum bertarung dengan adik Musa, iaitu Anifah yang kini menjadi 'Buddy' Najib yang paling akrab.

Keberanian luar biasa Anifah tidak diketahui ramai kerana tidak ada media arus perdana yang berani menyiarkan kenyataannya terutama berhubung kecamannya terhadap Petronas berhubung isu Minyak dan Gas di Kimanis; isu penindasan umat Islam di Rohingnya dan pelbagai isu antara bangsa yang melibatkan maruah Malaysia.

Kata orang, 'Darah Lebih Kental Daripada Air'; maka sudah pastinya Anifah tidak akan membenarkan Shafie dan kuncu-kuncunya melanyak Musa Aman; sebaliknya satu persatu 'Kuda Tunggangan' Shafie patah kaki.

Sewajarnya Shafie menumpukan usahanya untuk mengekalkan jawatannya sebagai Naib Presiden UMNO kerana peluangnya tidak sampai 10 % untuk mengekalkan hirarki sebagai Naib Presiden UMNO tanpa bantuan dan sokongan Musa Aman.

Dalam keadaan Kadazandusunmurut (KDM) yang berpecah, STAR tidak akan mampu memberikan sebarang tentangan sengit, bukan kerana BN kuat; tetapi mereka tidak bersatu dan tidak langsung mempunyai jentera; malah lemah dari segi teknikal dan taktikal pilihanraya.

Keberangkatan Lajim daripada UMNO dan Bumburing daripada UPKO tidak ubah seperti 'perjalanan' tahi ke tandas; iaitu tempat yang paling layak bagi mereka dan 'bersetubuh' dengan Pakatan Rakyat; Najis, lagi menajiskan!

Mengharapkan 'Semangat 1985' tidak ubah seperti mengharapkan Anwar menjadi Perdana Menteri pada 16 September 2008 iaitu satu visi yang kosong lagi palsu. Anwar yang hidup atas isu akan mencanang isu baru bagi menagih simpati; termasuk mengumumkan persaraan jika kalah PRU-13.

Sebagai renungan, kita saksikan Videoklip teguran ikhlas rakan rapatnya, Datuk Patrick Sindu bertajuk'Shafie Jangan Mimpi Jadi Ketua Menteri!'


13 comments:

  1. Tidak perlulah Datuk Shafie bermimpi untuk menjadi KM Sabah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. CM Datuk Musa Aman memimpin Sabah dengan baik sepanjang berkidmatanya di Sabah.

      Delete
    2. Semporna pun tak mampu bangunkan, apa lagi nak bangukan seluruh Sabah?

      Delete
  2. Jangan la Shafie jangan Ketua Menteri Sabah, hancur Sabah.

    ReplyDelete
  3. Shafie is not suitable for the position.

    ReplyDelete
  4. Kenapa Shafie rasa sendiri berkelayakan? Rakyat sen diri menilaikannya.

    ReplyDelete
  5. Ini cuma Shafie sendiri yang bertujuan menjadi KM, tetapi rakyat sendiri boleh menentukan KM sendiri.

    ReplyDelete
  6. Refering to Musa contribution for the development in Sabah, indeed Musa the better choice than others.

    ReplyDelete
  7. Sama ada BN akan menang besar, serahkah kerja ini kepada rakyat menentukannya. Yang penting, PRu harus adil, amanah dan bersih.

    ReplyDelete
  8. I think the majority still please with Musa.

    ReplyDelete
  9. berkenaan dengan dakwaan bahawa Musa Aman akan digantikan hanya khabar angin.. kononnya berdasarkan sumber dari dalam.. selama ini, menang pembangkang suka sangat menggunakan istilah "sumber dari dalam" bila dakwaan mereka tidak mempunyai asas langsung..

    ReplyDelete
  10. entah macam mana boleh timbul cerita ini sedangkan majoriti pemimpin2 BN Sabah menyokong penuh kepimpinan Datuk Musa Aman..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Musa mendapat sokongan dari pemimpin dan rakyat.

      Delete