Monday, 27 August 2012

ANTILOMPAT WAJAR DISEMAK SEMULA




TAMPARULI : Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berpendapat adalah wajar undang-undang antilompat disemak semula untuk menghalang ahli politik daripada tukar parti selepas dipilih sebagai anggota Parlimen atau Dewan Undangan Negeri.

Beliau berkata kebebasan berpersatuan adalah dikawal oleh undang-undang, dan dengan meletak jawatan atau memaksa seseorang wakil rakyat untuk meletak jawatan apabila beliau melompat parti, ia akan membolehkan pilihan raya kecil diadakan.

"Sudan tentu, ini membolehkan kebebasan untuk memilih dan ia sebenarnya membenarkan rakyat menyuarakan pandangan mereka selaras dengan prinsip demokrasi...ini tidak menjejaskan kebebasan untuk berpersatuan.

"Tetapi setakat ini tiada pihak mencadangkannya (untuk semakan) jadi kita tidak dapat bahaskan perkara ini. Ini adalah pendapat saya. Ia (undang-undang antilompat) sebenarnya tidak menyekat kebebasan untuk berpersatuan," katanya kepada pemberita semasa ditemui di majlis rumah terbuka Aidilfitri Parti Bersatu Sabah (PBS) di Dewan Tun Hamdan, di sini hari Ahad. (Bernama)

No comments:

Post a Comment