Sunday, 26 August 2012

NAJIB KE SANDAKAN 2 SEPTEMBER




SANDAKAN : Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka merasmikan serentak persidangan perwakilan Umno Zon 5 di sini pada 2 September ini.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata selepas merasmikan mesyuarat itu, Perdana Menteri dijangka menghadiri Majlis Rumah Terbuka Umno Zon 5 yang membabitkan lima Umno bahagian iaitu Libaran, Sandakan, Batu Sapi, Beluran dan Kinabatangan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri Anggota Dewan Undangan Negeri Sekong Datuk Samsudin Yahya di sini, Sabtu.

Beliau berkata rakyat di Sabah khususnya di daerah ini memang menantikan ketibaan Perdana Menteri.

Terdahulu, Musa menghadiri rumah terbuka Ketua Umno Bahagian Beluran Datuk James Ratib dan Ketua Umno Bahagian Sandakan Tan Sri Ampong Puyon di kediaman masing-masing di sini. (Bernama)

12 comments:

  1. Semoga lawatan datuk Najib ini akan dapat membawa berita baik kepada pendudu Sandakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lawatan PM diharap ada kebaikan kepada Sabah.

      Delete
  2. Diharap lawatan PM ke Sabah, beliau dapat melihat keperluan infrastruktur Sabah.

    ReplyDelete
  3. Tahun inilah Najib kerap datang ke Sabah. harap2 kali ini pun ada khabar baik untuk semua rakyat di Sabah.

    ReplyDelete
  4. Ada kemungkinan ka Najib akan umumkan pelaksanaan RCI?

    ReplyDelete
  5. What make najib often to Sabah. Indeed BN Sabah faces great challenge.

    ReplyDelete
  6. How Najib will come with some good news that may benefit the majority.

    ReplyDelete
  7. Semoga Najib akan membawa berita baik agar perkembangan di Sabah lebih positif.

    ReplyDelete
  8. Musa menghadapi cabaran selepas Lajim dan Bumbering keluar dari BN.

    ReplyDelete
  9. Nampaknya Najib menumpu banyak perhatian di Sabah. Mungkin ada berita baik.

    ReplyDelete
  10. teruskan melawat Sabah.. harap2 kali ini juga ada peruntukkan diumumkan atau apa sahaja berita baik untuk rakyat dan negeri ini..

    ReplyDelete
  11. Najib sering datang melawat Sabah, beliau beri tak abaikan Sabah.

    ReplyDelete