Monday, 27 August 2012

ANWAR TIDAK TINGGAL DI PUTRAJAYA JIKA JADI PM




KETUA Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sekiranya berjaya dipilih menjadi Perdana Menteri, beliau tidak akan tinggal di Putrajaya. "Bil elektrik di tempat itu terlalu tinggi," katanya dalam majlis rumah terbukan PKR di Bukit Gantang, Perak semalam. 

"Bil (elektrik) saja mencecah beberapa ribu (ringgit)," katanya lagi sambil disambut gelak ketawa orang ramai yang gembira dengan ejekan terhadap dakwaan pembaziran BN itu.


Kira-kira 2,000 orang hadir dalam majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri di Simpang.

Anwar berkata, sekiranya menjadi perdana menteri, beliau merancang tinggal di rumahnya di Bukit Segambut dekat ibu negara.


Menurutnya lagi, beliau juga akan menggalakkan menteri-menteri tidak membeli kereta baru sebagai kenderaan rasmi.

"Kekayaan negara adalah rahmat yagn dirakusi oleh sesetengah pihak. Minyak, balak sebenarnya milik kita semua," katanya lagi.

"Orang Melayu benar antara yang termiskin. Tetapi terdapat juga orang Cina, India, Kadazan dan Dayak yang miskin. Mereka semua ini juga berhak mendapat bahagian yang menjadi milik mereka."

(MKINI)

No comments:

Post a Comment