Sunday, 26 August 2012

UMNO BERISIKO KEHILANGAN UNDI WANITA





Oleh : HAFIDZ BAHAROM

KUALA LUMPUR : Secara tradisinya, wanita adalah sangat penting dalam demografi Umno dengan sayap Wanita parti dilihat sebagai tulang belakang kepada Barisan Nasional (BN) — memastikan undi dari suri rumah dan golongan wanita.

Akan tetapi terdapat kerisauan bahawa golongan ini semakin dipinggirkan oleh kerana BN terlalu memberi fokus kepada usaha mendapatkan undi orang muda.

"Terdapat keperluan bagi Wanita Umno untuk menggunakan kembali sistem lama untuk pulang ke kawasan masing-masing dan melawat dari rumah ke rumah. Ini sangat penting.”

"Ketika kami melakukan ini dulu, kita melihat dalam keputusan pilihan raya, hanya terdapat margin kesilapan yang kecil berbanding apa yang kami jangkakan, hanya berbeza 100 atau 200 undi,” kata ketua Wanita Umno bahagian Cheras, Datuk Faridah Abu Hassan.

Kata beliau sayap wanita kelihatan menjauhkan diri daripada cara kempen tradisi yang terbukti berjaya membantu parti sebelum ini.

 "Mereka lebih suka menggunakan media online dan anjurkan program besar yang dihadiri dari 10,000 hingga 30,000 akan tetapi tidak ada apa yang nak dibuktikan seperti apa yang berlaku pada 2008," katanya.

Kedua anak muda dan wanita telah dikenalpasti oleh pemerhati politik dan penganalisis sebagai kunci untuk menentukan siapa yang bakal mengambil alih Putrajaya.

BN dan Pakatan Rakyat (PR) dilihat sudah terkunci dengan apa yang dikatakan sebagai persaingan paling sengit dalam sejarah pilihan raya.

Penganalisis politik memberitahu The Malaysian Insider bahawa pengundi atas pagar, terutamanya wanita yang bekerja dari rumah dan anak muda - sangat penting bagi menentukan keputusan pilihan raya yang perlu diadakan selewat-lewatnya April 2013.

"Golongan wanita sangat penting oleh kerana jumlah mereka separuh dalam daftar pemilih dan mereka mengundi berdasarkan isu dan pengalaman," kata Ibrahim Suffian dari Merdeka Center kepada The Malaysian Insider.

No comments:

Post a Comment