Saturday, 18 August 2012

BANTUAN RAYA BUKAN RETORIK




PERIKSA......Pang sedang memeriksa bekalan bantuan yang akan diageh-agehkan.

Oleh: SHAIMON S JUMADI

MENTERI Belia dan Sukan Negeri Sabah, Datuk Peter Pang Hin Yin berkata pemberian sumbangan berupa bantuan makanan dan wang raya bukanlah  satu  retorik pilihanraya kerana sudah menjadi budaya para wakil rakyat sejak mula pemerintahan USNO, BERJAYA, PBS sehinggalah kerajaan Barisan Nasional (BN) yang memerintah sekarang.

Kata Pang, tujuan memberikan bantuan tersebut adalah sebagai tanggungjawab  pemimpin kerajaan untuk bantu setiap golongan tidak kira Melayu/Bumiputera, Cina dan India yang ada di muka bumi ini' pastinya kebajikan mereka  terpelihara di saat-saat menjelangnya sambutan apa sahaja perayaan untuk mereka menerima bantuan bagi  meringankan  sedikit beban mereka yang bakal menyambut perayaan.

Peter Pang berkata demikian kepada Sabahkini.Net sejurus selepas menyampaikan sumbangan beras dan lain-lain keperluan termasuk Angpau raya kepada lebih 30 orang penduduk Kampung Bokara Sandakan  yang terdiri daripada golongan kurang berada.

“Memang tidak dinafikan setiap wakil rakyat kerajaan yang memberikan bantuan sebegini telah dieksplotasikan oleh parti pembangkang yang mendakwa  bantuan tersebut merupakan retorik pilihanraya untuk memancing undi,” ujarnya.

Apa juga kurangnya tambah Pang para pemimpin bermusim seperti parti pembangkang memberikan bantuan kepada para penyokongnya juga merupakan satu taktik pancing undi untuk meraih simpati sokongan rakyat terhadap perjuangan parti-parti mereka.

Pang turut menasihati kaum muslim yang bakal menyambut hari raya  agar berbelanja dengan cermat dan berhemah memandangkan harga barang-barang keperluan raya agak mahal.

“Dalam kesempatan ini saya bagi pihak keluarga, Pegawai dan kakitangan Pejabat ADUN Karamunting ingin mengucapkan Selamat  Hari Raya Aidilftri Maaf Zahir dan Batin kepada semua pengundi/peduduk Karamunting,” katanya.

No comments:

Post a Comment