Tuesday, 21 August 2012

DAP SENTIASA TENTANG LOMPAT PARTI





PENGERUSI DAP Karpal Singh berkata parti itu sentiasa menentang tindakan melompat parti. Beliau berkata tindakan itu adalah satu perkara yang serius kerana melibatkan pengkhianatan anggota Parlimen atau Dewan Undangan Negeri yang dipilih rakyat.
   
"Anda tidak boleh mengambil tindakan sendiri yang bertentangan dengan kehendak rakyat dan DAP tidak akan bertolak ansur dengan tindakan melompat parti," katanya kepada pemberita di George town hari ini.
   
Karpal juga berkata DAP berharap pilihan raya umum akan datang adalah bersih dan calonnya juga bersih serta tidak mengkhianati rakyat.

Beliau berkata mahkamah telah mengisytiharkan bahawa tindakan melompat parti tidak menyalahi undang-undang namun melanggar hak perlembagaan untuk kebebasan berpersatuan. (Bernama)

18 comments:

  1. Memang patut ditentang mereka yang lompat parti ini seperti Lajim dan juga Bumburing. mereka ini mengkhianati ahli sendiri memang tidak patut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesetiaan adalah perkara penting dalam sebuah parti. Lompat parti boleh mengukur tahap kesetiaan seseorang.

      Delete
  2. Calon bersih memang patut dicalonkan pada PRU13.

    ReplyDelete
  3. sememangnya harapan rakyat bahawa pilihan raya umum akan datang adalah bersih

    ReplyDelete
  4. dan calonnya juga bersih...

    ReplyDelete
  5. Beliau berkata mahkamah telah mengisytiharkan bahawa tindakan melompat parti tidak menyalahi undang-undang namun melanggar hak perlembagaan untuk kebebasan berpersatuan.

    --> betul

    ReplyDelete
  6. mereka yang suka melompat parti patutnya didenda atau dihukum

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hukuman paling besar ialah bila rakyat tidak sokong individu yang gemar sangat 'melompat' ni. hahhaa

      Delete
  7. contohnya, patut dihalang dari menyertai arena politik semula

    ReplyDelete
  8. Siapa yang melompat tu, biarlah mereka.. Rakyat tahu apa yang patut dilakukan nanti.

    ReplyDelete
  9. Karpal patut blame Anwar.. takkan Karpal tidak tahu sikap Anwar yang suka menjanjikan jawatan2 tinggi kepada MP dari parti lawan supaya melompat masuk ke Pakatan..

    ReplyDelete
  10. nampak sangat la komponen Pakatan tidak memiliki pendirian yang sama.. atau mungkin disebabkan DAP semakin ego setelah 4 tahun mentadbir Pulau Pinang yang telah sedia maju dibawah pentadbiran BN..

    ReplyDelete
  11. sebagai rakyat biasa, saya tidak kesah dengan pemimpin2 yang melompat.. itu hak mereka untuk memastikan keberlangsungan karier politik mereka.. samada tepat atau tidak tindakan mereka itu, mereka sendiri juga yang tanggung, bukan saya atau Karpal..

    ReplyDelete
  12. “Leaping” politicians from one party to another is nothing new in Sabah politics, said PBS president Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

    ReplyDelete
  13. He said any party leader and member have the right to change “membership” in a democracy.

    ReplyDelete
  14. There is not mush concerned about it as it is part of the democratic process.

    ReplyDelete
  15. There is not mush concerned about it as it is part of the democratic process.

    ReplyDelete
  16. Pairin who is also a Deputy Chief Minister said many leaders and members have changed party membership in the past.

    ReplyDelete