Saturday, 4 August 2012

FAKTOR LAJIM, BUMBURING TIDAK HALANG PRU-13




Oleh : CLARA CHOOI

KUALA LUMPUR : Tindakan dua ahli politik Barisan Nasional (BN) di Sabah keluar parti tidak akan mengubah tarikh pilihan raya seperti yang telah dispekulasi, kata Datuk Seri Najib Razak kelmarin, dengan berkata akan mengambil langkah untuk memperkuatkan kubu di Malaysia timur itu.

Perdana Menteri telah memberitahu wartawan walaupun desas desus mengatakan lebih ramai akan mengikut jejak langkah Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin dan Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Mojilip Bumburing, BN mampu menangani isu tersebut.

"Setakat ini banyak khabar angin tetapi yang penting kita yakin kedudukan BN tidak akan terjejas.

"Kita mampu menghadapi cabaran ini dan kita akan mengambil langkah untuk memulihkan keadaan ini untuk memperkukuhkan kedudukan Umno dan BN," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat ahli majlis tertinggi Umno.

Najib berkata, Timbalan Ketua Bahagian Umno Beaufort kini memangku jawatan ketua, posisi yang dikosongkan oleh Lajim pada minggu lalu apabila dia mengumumkan untuk menyokong Pakatan Rakyat (PR).

"Kita juga telah menetapkan bahawa Umno negeri akan menyelia operasi di bahagian Beaufort dan akan membantu agar kedudukan Umno dan BN tidak akan terjejas," katanya lagi.

Apabila ditanya adakah tindakan dua ahli politik itu akan menjejaskan masa untuk pilihan raya, Najib hanya menggelengkan kepala.

"Tidak," kata beliau. "Saya tak tahu bila pilihan raya akan berlangsung, tahun ini atau tahun hadapan. Mungkin tahun ini, mungkin tahun hadapan.

The Malaysian Insider melaporkan pada Isnin lalu apabila Lajim dan Bumburing keluar parti, ada kemungkinan pilihan raya akan berlangsung pada tahun hadapan kerana parti pemerintah itu mahu mengekalkan 'simpanan tetap' di dua negeri Borneo itu.

Menurut sumber BN Sabah dan Kuala Lumpur, keputusan dua ahli politik itu mungkin menjadi sebab Najib untuk melihat semula tarikh pilihan raya selepas Perbentangan Bajet pada 28 September bagi mandat peribadinya selepas mengambil alih pentadbiran pada April 2009.

"Tak mungkin pada September walaupun Umno dan rakan-rakan sudah bersedia ke pilihan raya," kata sumber BN dari Kuala Lumpur kepada The Malaysian Insider.

"Umno perlu pastikan undi di Sabah dan Sarawak menjadi undi simpanan tetap memandangkan undi Melayu berpecah di Semenanjung," kata sumber itu dengan merujuk kepada hanya 79 kerusi yang dimenangi Umno.

Sumber menyatakan kepada The Malaysian Insider bahawa pilihan raya mungkin berlangsung September jika Najib merancang untuk bubarkan parlimen pada Ogos ini, sembilan bulan sebelum mandat BN berakhir pada April 2013.

Ada beberapa tarikh diperkatakan pada tahun lalu walaupun perdana menteri keenam itu menyatakan keyakinan untuk memenangi kesemua negeri dan kerusi di peringkat persekutuan.

Sebelum dua wakil itu keluar parti, BN menguasai 22 dari 25 kerusi parlimen di Sabah selain Wilayah Persekutuan Labuan. Pada pilihan raya lalu, BN hilang majoriti dua pertiga kerana kekalahan teruk di Semenanjung, apabila hanya menang 85 sementara pembangkang menang 80 kerusi.

Penyelamat BN adalah negeri Borneo serta Labuan dimana mereka menang 55 kerusi berbanding pembangkang yang hanya menang dua kerusi.

Selepas minggu lalu, BN kini mempunyai 136 kerusi, PR 76 kerusi, SAPP dua dan lapan kerusi bebas dalam 222 kerusi parlimen Dewan Rakyat. (TMI)

21 comments:

  1. Rasanya siapalah calon pengganti yang sesuai untuk Lajim dan Bumburing ni nanti?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai yang boleh mengantikan mereka.

      Delete
    2. Biarlah Najib sendiri menentukannya.

      Delete
  2. kalah atau menang semuanya bergantung pada sokongan dan undian rakyat pada pilihanraya nanti.

    ReplyDelete
  3. Musa said Lajim and Bumbuering's action would not affect Sabah BN, especially in preparing for the coming general election.

    ReplyDelete
    Replies
    1. It's best not to focus too much on the defection of those two former MPs and start working hard in preparation for the next GE.

      Delete
  4. Musa added that the departure of Lajim and Bumburing would not threaten the position of Umno or BN in the state.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Musa Aman also say the people of Sabah knew that BN is the right party for them and will vote wisely during the next GE.

      Delete
  5. w/pun lajim dan bumburing sudah keluar dari BN, namun kekuatan BN sabah tetao kukuh dan mantap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Datuk Dr Marcus Makin Mojigoh stated that BN is now more solid than before after Lajim and Bumburing left the party.

      Delete
  6. berkenaan dengan tarikh pru13, kita tunggu pengumuman dari najib..

    ReplyDelete
    Replies
    1. I'm sure the Prime Minister know when is the right time to hold the GE-13. We shall wait for his announcement.

      Delete
    2. Najib will announce it once confirm, lets wait.

      Delete
  7. Datuk Najib is confident that decision of Lajim and Bumburing to leave BN will not affect the date of GE-13.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami melihat sama ada penyokong Lajim akan lompat bersama Lajim.

      Delete
  8. Previously Datuk Najib did say he wanted to complete his term as the Prime Minister before dissolving the parliament, this decision has also gotten the support from former Prime Minister Dr Mahathir.

    ReplyDelete
  9. keluarnya Lajim dan Bumburing takkan memberi kesan kepada BN dan tak mempengaruhi PRU. BN akan tetap kukuh.

    ReplyDelete
  10. Isu Lajim dan Bumbering akan memnbawa impak kepada BN di Sabah terutama PRU akan datang.

    ReplyDelete
  11. Rakyat harus bijak menilai manakah parti yang lebih sesuai untuk rakyat di Sabah.

    ReplyDelete
  12. mereka buka penghalang PRU13.

    ReplyDelete