SUMBANGAN.......Nasrun
menyampaikan sumbangan daripada Perdana Menteri kepada AJK Masjid.
OLEH: RIDZAL ABDULLAH
KUNAK : Ketua Umno Bahagian
Silam, Datuk Datu Nasrun Datu Mansur mengajak semua rakyat dan pemimpin agar
bersatu padu bagi mengelak perpecahan kerana segala bentuk percanggahan
pendapat dan ideologi yang boleh menjerumus ke arah keruntuhan perpaduan harus
dihindarkan.
“Di bulan ramadan yang mulia
ini kita lupakanlah sengketa lama. Jangan terlalu ikutkan perasaan. Tenangkan
jiwa dengan cara mengeratkan perhubungan sesama kita. Jangan bermusuh-musuhan
kerana jatuh bangunnya negeri dan negara tercinta kita ini adalah di tangan
kita sendiri, bukan di tangan orang lain; apalagi negara lain,” katanya semasa
majlis berbuka puasa bersama rakyat dan ketua-ketua cawangan Umno Kunak, di
Masjid Besar Pekan Kunak, kelmarin.
Nasrun yang juga Timbalan
DiPertua Usia menambah, rakyat di Malaysia harus mensyukuri nikmat dan
menghargai keharmonian yang selama ini telah dikecapi dengan tidak terpengaruh
dengan ideologi politik ekstrim yang mulai bercambah ketika ini.
“Lihat negara luar kerap
berlaku pertumpahan darah. Mereka selalu berperang sesama sendiri akibat
percaturan politik yang tidak menentu dan pastinya kita tidak mahu semua ini
terjadi di negara kita kerana keganasan disebabkan sentimen poltik liar yang
sengaja memburukkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dengan cara yang amat kotor
dan penuh sandiwara pastinya akan membawa kemudaratan. Namun, InsyaAllah saya
yakin rakyat kini bijak menilai ‘permainan’ pihak pembangkang,”katanya.
Majlis yang dihadiri oleh
Ahli Dewan Undangan Negeri Kunak yang juga Bendahari Umno Silam, Datuk Nilwan
Kabang itu juga telah diserikan lagi dengan sumbangan peribadi daripada Nasrun
kepada golongan asnaf terdiri daripada warga emas, orang kurang upaya, anak
yatim dan balu serta sumbangan Perdana Menteri kepada Ahli Jawatankuasa Masjid
bagi tujuh buah kampung sekitar daerah Kunak.
Hadir sama, Setiausaha Umno
Bahagian Silam, Aljen Johnny; AJK Umno Silam, Amat Paduka Kawoh, Herman Rahim
dan Balnamah Kauluh.
No comments:
Post a Comment