KOTA KINABALU: Jangan
libatkan politik dalam Pertubuhan Bisaya Bersatu Sabah (PBBS) sehingga boleh
memecah belahkan kaum Bisaya.
Bekas Timbalan Menteri
Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Lajim Ukin berkata beliau
kecewa kerana mesyuarat telah diadakan oleh persatuan itu tanpa pengetahuannya.
...
"Ini adalah satu usaha
yang ingin menyingkirkan saya sebagai presiden pertubuhan ini, tetapi tidak
perlu dibimbangkan kerana ahli PBBS mempunyai lebih 20 ribu dan kenyataan yang
dibuat oleh Timbalan PBBS, Kamarlin Hj Ombi baru-baru ini hanya mewakili
sekolompok sahaja.
"Sepatutnya politik
tidak diherat ke dalam persatuan ini kerana ramai dalam kalangan ahli persatuan
bukan ahli politik," katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang
Antarabansa Kota Kinabalu disini kelmarin.
Beliau juga menyatakan
bahawa PBBS harus ketepikan hal politik kerana dalam ahli ada dari kalangan
pembangkang dan juga kerajaan dan ia berlaku sejak dahulu lagi.
Lajim juga berkata pihaknya
tidak akan ambil sebarang tindakan terhadap mereka yang ingin menyingkirkan
beliau daripada persatuan itu.
"Masyarakat Bisaya akan
tentukan siapa presiden yang sebenar ketika pada Mesyuarat Agung Tahunan yang
akan diadakan pada tahun depan," jelasnya.
Lajim yang ditemui berkata
akan berfikir dalam semingu sama ada ingin menyerahkan surat tunjuk sebab
kepada presiden Umno atau tidak berkenaan keahlinya dalam Umno.
Baru-baru ini Kamarlin dalam
sidang media menyatakan bahawa majoriti masyarakat Bisaya sebulat suara masih
berdiri teguh dengan kerajaan Barisan Nasional.
Katanya tindakan Lajim yang
keluar daripada kerajaan adalah tindakan peribadi beliau dan tidak ingin
dikaitkan dengan PBBS.
Disebabkan tindakan Lajim, PBBS ni boleh berpecah belah. sukar untuk rakyat menyingkirkan politik dalam hal ni.
ReplyDeleteya lah..pecah belah dan menyusahkan persatuan di masa akan datang...
Deletejgnlah PBBS berpecah kerana politik.
DeleteMungkin lepas ni PBBS juga akan singkirkan Lajim. rasalah akibatnya.
ReplyDeleteSekarang ni semuanya pun akan dilibatkan dengan politik. Entahlah, susah mahu cakap.
ReplyDeleteSemoga hal ini dapat ditanggani dengan cara yang lebih baik dan aman.
ReplyDeletekalau PBBS tidak mahu Lajim lagi, macamana? mesti Lajim kecil hati tu kan..
ReplyDeleteMungkin presiden baru akan di lantik megikut suara ramai.
Deletetidak lari juga tu politik...mesti ada juga tu...
ReplyDeletememang sentimen politik tidak dapat diketepikan tetapi ahli-ahlinya harus mempunyai nilai kematangan dalam diri demi kesatuan dan kesejahteraan parti
ReplyDeletejika benar ada usaha yang ingin menyingkirkan Lajim sebagai presiden pertubuhan ini, biarlah suara majoriti yang menentukan nasib beliau
ReplyDelete"Masyarakat Bisaya akan tentukan siapa presiden yang sebenar ketika pada Mesyuarat Agung Tahunan yang akan diadakan pada tahun depan," jelasnya.
ReplyDeleteya, biarlah perkara ini ditentukan nanti oleh suara ramai
jika kerajaan BN masih mendapat sokongan ramai, biarlah PRU13 yang menentukan nasib parti ini
ReplyDeleteThe Bisaya group is still in support for the current government and refuse to give support to Lajim Ukin for siding with the oppositions.
Deletejanganlah kerana bertentangan fahaman sehingga menyebabkan pecah-belah sesama kaum...
ReplyDeletekerana politik, keluarga pun boleh brpecah, apa lagi dalam masyarakat.
DeleteJust like Jeffrey Kitingan and Pairin Kitingan.
DeleteEverything is politicized now.
ReplyDeleteYup, PRU13 semakin dekat. jadi semuanya mengenai politik.
DeletePBBS must know their objectives and stick to them.
ReplyDeleteA clear goal is the way to lead the PBBS towards their objectives, so that they won't be easily swayed by other elements.
DeleteHopefully the Bisaya group will remain united and not be easily influenced by political ploys.
ReplyDeletesemuanya terserah pada kaum bisaya
ReplyDeletePBBS wanted Lajim out from their party since he aligned himself with the opposition. Deputy president of PBBS said most of the Bisaya community were in full support of Barisan Nasional under Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak and Chief Minister Datuk Musa Aman.
ReplyDeleteHope that the Bisaya community will continue to give support for the government.