Ketua Menteri Sabah Datuk
Seri Musa Aman berkata janji Pakatan Rakyat untuk meningkatkan bayaran royalti
minyak Sabah dari 5 peratus kepada 20 peratus merupakan janji yang tidak logik.
Dalam satu wawancara dengan
Mingguan Malaysia kelmarin, Musa berkata wang dari hasil minyak Sabah
disalurkan semula ke negeri itu melalui perbelanjaan oleh kerajaan persekutuan.
"Itu janji yang tidak
logik, sebagai sebahagian sebuah negara kita perlu ada tolak ansur, kita sedar
sejak sabah bersama-sama membentuk Malaysia, kerajaan pusat telah membelanjakan
berbilion ringgit bagi membangun pelbagia infrastruktur termasuk sekolah
hospital, jalan raya dan sebagainya.
"Itu belum lagi
dicampur dengan kos pertahanan dan kesealamatan negeri yangmemakan belanja
besar. Kita perlu mengambil kira banyak pengagihan lain yang diberikan oleh
kerajana pusat melalui pelbagai kaedah, kita perlu lihat dari skop yang lebih
luas," katanya seperti dipetik akhbar itu.
Isu royalti minyak menjadi
tawaran utama Pakatan Rakyat kepada pengundi Sabah semenjak pilihan raya umum
2008.
Ketua umum parti itu, Datuk
Seri Anwar Ibrahim berulang kali mengulangi janji untuk meningkatkan bayaran
royalti berkenaan yang didakwa diberikan secara tidak adil kepada Sabah.
Mengulas mengenai masalah
kebanjiran warga asing di negeri itu, yang turut menjadi agenda utama Pakatan
Rakyat di Sabah, Musa berkata negeri berkenaan menghadapi masalah untuk
menguruskan warga asing warga Filipina.
"Di Sabah yang paling
ramai adalah warga Indonesia dan Filipina. Bagi warga Indonesia kita tidak ada
masalah untuk menghantar pulang kerana mereka mempunai konsulat di Sabah.
"Malangnya masalah
melibatkan warga Filipina agak sukar diuruskan kerana negara itu tidak mempunyai
konsulat di sini.
"Jika pembangkang
mengatakan kita tidak berbuat apa-apa ia adalah tidak benar sama sekali, ini
kerana kita sedaya upaya telah berusaha menyelesaikan masalah ini yang sudah
pasti akan mengambil masa," katanya lagi dalam wawancara tersebut.
Bagaimanapun beliau mengakui
bahawa tindakan ke atas pendatang haram di Sabah bukanlah perkara mudah untuk
diselesaikan.
Perkembangan di negeri
tersebut kini menarik perhatian ekoran tindakan dua anggota Parlimen BN Sabah,
Datuk Seri Wilfred Bumburing daripada Upko dan Datuk Seri Lajim Ukin dari Umno,
berpaling tadah dan menyatakan sokongan kepada Pakatan Rakyat.
Susulan tindakan dua MP
tersebut pada akhir bulan lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bergegas
ke Sabah Dua pada 3 Ogos dan mengumumkan terma rujukan untuk suruhanjaya diraja
(RCI) bagi menyiasat isu pendatang haram negeri itu.
Beliau juga menolak anggapan
bahawa lebih ramai anggota parti komponen BN akan berpaling tadah, antaranya
daripada Upko dan Parti Liberal Demokratik (LDP).
Janji pembangkang tu hanya untuk mengaburi mata rakyat. jangan mudah tertipu.
ReplyDeletejanji pembangkang ialah janji terang bulan...
DeleteJika benar, pasti satu berita yang mengalakkan perkembangan ekonomi dan perkembangan yang berlanjutan.
DeleteWarga Indon pun bukannya senang mau dihantar balik. apa lagilah dengan orang Filipin yang tiada konsult di Sabah ni.
ReplyDeletePATI problems suppose be addressed earlier. The population of PATI and PATAI is getting increase. How come they can enter Sabah easily?
ReplyDeleteIt's not easy to resolve the illegal immigrants issue in the state, hopefully continuous efforts will be made to reduce the illegal population in Sabah.
DeleteBut 5% is still too little for Sabah.
ReplyDeleteHopefully the leadership will negotiate a better percentage of oil royalties for Sabah. We do need more funds for the development of our state.
DeleteFortunately Sabah still gets paid oil royalties, poor Kelantan have been revoked their rights for royalties in recent years.
ReplyDeletejanji2 PR memang tidak logik...
ReplyDeletekita jgn mudah terpengaruh dgn janji2 pembangkang.
Delete20% royalti minyak. mgkin sukar nk dibuat, kena pastikan Sabah mendapat byk manfaat dari hasil minyak
ReplyDeletesejak keluarnya bumburing dan Lajim, bermacam kabar angin ada lagi akan keluar, tapi semua ini belum tentu benar.
ReplyDeleteharus juga ada pertambahan. 5% teramat kurang dan berlanjutan untuk berpuluh-puluh tahun.
ReplyDeletePerjuangan ini harus diteruskan agar Sabah dapat menikmati kadar yang berpatutan.
ReplyDeleteKadar yang berpatutan yang memang harus diusahakan.
DeletePerjanjian ini bukan mudah tetapi masih perlu diusahakan. Sabahan berhak memiliki yang terbaik sedangkan sumber dimilik oleh negeri Sabah juga.
ReplyDeleteMusa berkata wang dari hasil minyak Sabah disalurkan semula ke negeri itu melalui perbelanjaan oleh kerajaan persekutuan.
ReplyDeletelebih baik loyalti itu terus disalurkan ke Sabah denagn kadar yang lebih baik.
Mungkin rate royalti minyak perlu dikaji semula.
DeleteThe Federal Government just set up a special taskforce on the oil royalties issue for Kelantan, maybe Sabah should also set up a special task force to discuss this matter.
DeleteHasil minyak Sabah telah diberi dalam bentuk peruntukan kepada Sabah
ReplyDeleteThe Petronas did set up many mega projects in Sabah such as the SAMUR project, Liquified Gas project, oil and gas training centre and more. Hopefully they will continue to bring more development projects to Sabah so that our economics can get a boost and resolve the job opportunity problems.
DeletePembangkang akan berjanji apa saja untuk mendapat sokongan rakyat Sabah
ReplyDelete"Itu janji yang tidak logik, sebagai sebahagian sebuah negara kita perlu ada tolak ansur, kita sedar sejak sabah bersama-sama membentuk Malaysia, kerajaan pusat telah membelanjakan berbilion ringgit bagi membangun pelbagia infrastruktur termasuk sekolah hospital, jalan raya dan sebagainya."
ReplyDeletecomment: Perhatikan dan cuba anggarkan jumlah kos infrastuktur yg dibangunkan di Sabah pada setiap tahun. Pada pendapat anda, berapakah kos yang dibelanjakan daripada 95% royalti minyak yang diambil oleh kerajaan persekutuan untuk kesemua infrastruktur tersebut??
Ataupun adakah infrastruktur tersebut dibangunkan dengan hanya 5% royalti minyak yang diberikan kepada negeri Sabah??