Oleh
: AHMAD FADLI KC
MENTERI
di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata jawatankuasa
untuk mengkaji semula bayaran untuk hasil petroleum ditubuhkan bagi menunaikan
janji mantan Perdana Menteri Tun Abdul Razak Hussein.
"Dia
bukan kerana desakan dari PAS tetapi ia perasaan Datuk Seri Najib Razak
berkenaan (bapa perdana menteri) almarhum Tun Razak.
"Ia
satu perkara yang dilihat sebagai janji almarhum yang Najib mahu
tunaikan," kata Nazri yang menambah, butiran mengenai jawatankuasa
berkenaan hanya akan diumumkan esok.
Ditanya
mengapa jawatankuasa itu hanya ditubuhkan sekarang dan bukannya dari dahulu
lagi, Nazri menegaskan sekarang adalah masa terbaik untuk mengkaji semula
perkara itu.
"Seperti
pepatah Inggeris kata, 'It's better late than never'," katanya ringkas.
Beliau
turut mengingatkan bahawa minyak yang dicari gali di negeri-negeri di dalam
Malaysia sebenarnya adalah hak kerajaan Persekutuan.
Nazri
juga ditanya mengenai rancangan pembangkang untuk meningkatkan bayaran hasil
petroleum kepada 20 peratus di negeri yang mempunyai hasil tersebut.
"(Soal)
20 peratus (royalti), satu perkara kita kena ingat, minyak adalah hasil
kerajaan pusat. Minyak ini macam emas, didapati dalam negeri berkenaan tetapi
hak kerajaan pusat," katanya.
Akta
Kemajuan Petroleum 1974 yang digubal sewaktu Tun Razak menjadi perdana menteri
itu antara lain menetapkan bahawa Petronas perlu membayar nilai lima peratus
setiap tahun daripada hasil petroleum yang diperolehi daripada negeri
berkenaan.
Perdana
menteri ketika mengumumkan penubuhan jawatankuasa tersebut pada Sabtu lalu
dilaporkan berkata, negeri Kelantan yang terus menuntut bayaran royalti minyak
hanya boleh menuntut hasil daripada perairan negeri itu.
Akta
berkenaan menetapkan bahawa perairan negeri merupakan kawasan yang terletak
tidak melebihi tiga batu nautika dari pesisir pantai negeri, katanya.
Najib
juga berkata, kerajaan negeri itu tidak layak untuk menuntut bayaran tunai
daripada hasil petroleum kerana pada waktu ini pengeluaran petroleum dibuat di
luar perairan Kelantan.
Bagaimanapun,
beliau tetap mengumumkan bayaran tunai kepada Kelantan pada November 2009
melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan.
Menurutnya
kerajaan tetap membuka rundingan seperti itu tanpa membelakangkan
undang-undang.
No comments:
Post a Comment