Oleh : OPAT RATTANACHOT
SUNGAI PETANI : Kerajaan
Barisan Nasional (BN) berjaya menunaikan janji kepada pekebun kecil apabila
menaikkan kadar bantuan tanam semula getah yang dikendalikan Pihak Berkuasa
Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) baru-baru ini.
Menteri Kemajuan Luar Bandar
dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, kadar bantuan tanaman
semula tersebut dinaikkan kepada RM9,230 bagi setiap hektar di Semenanjung
Malaysia berbanding hanya RM7,000 sehektar sebelum ini.
Sementara di Sarawak dan
Sabah pula katanya, kadar bantuan terbabit turut dinaikkan kepada RM13,500 dan
RM14,000 sehektar.
"Janji-janji kerajaan
kepada masyarakat pekebun kecil setakat ini telah pun ditepati. Malah, tahun
ini, kerajaan telah meluluskan RM397 juta kepada RISDA iaitu yang paling tinggi
dalam sejarah untuk melaksanakan program tanam semula dan program pembangunan
lain supaya lebih ramai pekebun kecil mendapat manfaat," katanya.
No comments:
Post a Comment