PEMIMPIN popular DAP Lim Kit
Siang menafikan bahawa beliau pernah kencing di bendera rumah Menteri Besar Selangor
menjelang tragedi 13 Mei 1969, seperti yang pernah didakwa laman Facebook filem
sejarah terbaru Tanda Putera.
"Jurucakap filem itu
berkata, karya itu berdasarkan banyak kajian, seperti penelitian terhadap
dokumen dan gambar, untuk memastikan babaknya bersandarkan fakta sejarah.
"Mana dia bahan dokumen
dan gambar menunjukkan saya kencing di tiang bendera rumah Menteri Besar Selangor
Harun Idris pada 11, 12 atau 13 Mei 1969, sedangkan saya tiada di Kuala Lumpur
pada masa itu?
Dalam kenyataannya hari ini,
Lim juga berkata, bahan-bahan itu perlu ditunjukkan supaya babak sebegitu tidak
dianggap hanya sebagai khayalan dan imaginasi semata-mata.
Malaysiakini pada 12 Julai
melaporkan, Facebook rasmi Tanda Putera arahan Datuk Shuhaimi Baba, yang
antaranya merakamkan tragedi 13 Mei dijangka mencetuskan kontroversi.
Ia memuatkan gambar dengan
keterangan mendakwa Lim kencing di bawah tiang bendera Selangor di rumah Harun
ketika DAP berarak ke sana untuk mendesaknya meletakkan jawatan beberapa hari
sebelum tragedi 13 Mei.
Bagaimanapun, menurut
seorang penggiat filem yang menghadiri tayangan pratontonnya sehari sebelum
itu, babak tersebut tidak dimuatkan. Semakan Malaysiakini mendapati gambar
dalam laman sosial kemudiannya dikeluarkan.
Shuhaimi - pengarah terbaik
tiga kali dalam festival filem Malaysia - ketika dihubungi Malaysiakini sebelum
ini enggan mengulas perkara itu.
No comments:
Post a Comment