Monday, 6 August 2012

LAJIM DAN BUMBURING MAHU JAWATAN LEBIH BESAR




Oleh : MOHD FARHAN DARWIS

KUALA LUMPUR : Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman tidak menolak tindakan dua wakil rakyat dari negeri berkenaan keluar daripada Barisan Nasional (BN) berkemungkinan disebabkan mereka mahukan jawatan yang lebih besar.

Musa, yang juga Pengerusi BN Sabah menjelaskan, Umno dan BN juga tidak tergugat dengan tindakan Ahli Parlimen dari Beufort dan Tuaran tersebut, masing-masing Datuk Seri Lajim Ukin dan Datuk Seri Wilfred Bumburing yang kemudiannya menjalinkan hubungan dengan Pakatan Rakyat (PR).

“Saya rasa mereka (Lajim dan Bumburing) mahukan jawatan yang lebih besar berbanding sekarang. Ada yang bercita-cita tinggi dan sudah pasti mereka berbuat demikian. Itu hak masing-masing.

“Umno dan BN Sabah tidak tergugat dengan tindakan itu. Rakyat Sabah bijak menilai sendiri siapa yang benar. Tanggapan itu merupakan dakyah pembangkang untuk mengelirukan rakyat,” kata Musa dalam temu ramah dengan akhbar milik Umno, Mingguan Malaysia kelmarin.

Malah, Musa turut menambah, “yang menghairankan saya, mereka sekarang sibuk berjuang untuk rakyat. Sepatutnya ketika memegang pelbagai jawatan menteri dan timbalan menteri waktu itulah sepatutnya sudah melakukannya.”

“Kita perlu mementingkan parti lebih daripada kepentingan peribadi serta ikhlas berkhidmat ... bukan mengejar pangkat dan kedudukan,” tegas Musa lagi.

Jelas beliau lagi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga tidak pernah campurtangan urusan pentadbiran di Sabah, malah, beliau turut melihat kerajaan menunaikan hasratnya apabila melantik pegawai-pegawai pentadbiran daripada kalangan anak jati Sabah.

“Kita sendiri tentukan hala tuju negeri melalui Jemaah Menteri atau Kabinet Negeri. Kita bersyukur mempunyai pemimpin yang memahami denyut nadi rakyat,” tambahnya.

Musa turut menjelaskan, melalui pentadbiran kerajaan BN, Sabah tahun lepas telah menerima pelaburan swasta berjumlah RM10 bilion.

“Rakyat dapat menerima faedah secara langsung dari pelaburan ini. Saya tahu semua gembira dengan keadaan ini

“Hasil pelaburan juga meningkatkan taraf insfrastruktut, berbeza dengan 10 atau 20 tahun lalu. Saya sering mengadakan perjumpaan di peringkat akar umbi, dan jika ada pihak dakwa BN tergugat di Sabah ... ia tidak benar,” katanya dipetik Mingguan Malaysia.

28 comments:

  1. kalau begini ada persamaan dengan JK jugalah ni. mana2 parti dan pertubuhan yang disertai mesti jawatan yang ditengok dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. They are never satisfied with what they have now. They always want more.

      Delete
    2. I wonder what the opposition is able to offer them so that they are willing to leave the party to join the opposition?

      Delete
    3. jika jawatan mereka kejar, ertinya mereka tidak ikhlas dalam perjuangan.

      Delete
    4. Jawatan penting, tetepi kebajikan rakyat juga harus diutamakan.

      Delete
  2. Pembangkang memang suka untuk berjanji sesuatu yang kurang relevan dan luar dari keupayaan mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oppositions just know how to promise because they are not the govt. Easy said than done.

      Delete
    2. Once they are able to become the government, don't expect the opposition to actually go and fulfil the promises.

      Delete
    3. It's easy to make promises, but not as easy when it comes to fulfilling them. The opposition can make any promises they want before the come into power, but that does not mean they can fulfill it when they form the government.

      Delete
  3. We do not want greedy and irresponsible leaders.

    ReplyDelete
    Replies
    1. those are the kind of leaders that cannot be trusted.

      Delete
    2. Lajim Ukin and Wilfred Bumburing no longer have our trust. Many Sabahans does not support them anymore after they left the party.

      Delete
  4. Not surprising at all. Most politician quit party because they want higher post. Nothing is enough for them.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Just like Jeffrey Kitingan who wanted the president post, he couldn't get it from PKR Sabah, therefore he left to set up his own Star party. Now he is the president as he always wanted.

      Delete
  5. It's possible that Lajim and Bumburing left the party because they wanted better position as claimed by Musa Aman. But whatever the reason, it's their decision.

    ReplyDelete
  6. lajim kepingin mahu jadi KM sabah...

    ReplyDelete
  7. lajim keluar dari BN pun disebabkan oleh agenda peribadi dan kepentingan diri sendiri..

    ReplyDelete
  8. Let see whether both of them still gain enough supporter?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Let the people to decide who they want to represent them. Hope more to be in parliment.

      Delete
  9. Rasa-rasa pembangkang memberi jawatan yang lebih tinggi jika pembangkang dapat kedudukan kerusi yang majoriti.

    ReplyDelete
  10. Jika Lajim berkeupayaan untuk memperjuangkan yang terbaik untuk rakyat, apa salahnya jika menjadi CM?

    ReplyDelete
  11. Rakyat harus bijak menilaikannya.

    ReplyDelete
  12. Kalau benar berkemampuan memegang jawatan tinggi, apa salahnya?

    ReplyDelete
  13. Semua mementingkan diri dan jawatan, jangan terlupa tanggung jawab dan kebajikan rakyat di Sabah.

    ReplyDelete
  14. Bukan sahaja Lajim dan Wilfred nak menjawat CM, banyak lagi diantaranya juga berhasrat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jeffrey pun mahu jawatan CM.

      Delete
  15. It is all about benefits

    ReplyDelete