Friday, 3 August 2012

MUSA NAFI UMNO SABAH DI AMBANG PERPECAHAN





KUALA LUMPUR : Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Musa Aman menolak sama sekali dakwaan yang mengatakan parti itu berada di ambang perpecahan.

Sebaliknya, beliau menegaskan bahawa parti itu sentiasa berada dalam keadaan mantap dan kukuh dengan kesemua anggotanya kekal bersatu padu.

Musa, yang juga Ketua Menteri Sabah, berkata walaupun dilanda pelbagai kontroversi namun beliau tetap yakin dengan keutuhan Umno negeri dapat menghadapi apa juga cabaran.

“Apa yang penting adalah kita (Umno) di dalam BN begitu kuat dan mantap... biasalah ada satu dua orang yang kurang senang hati tetapi biarlah mereka kerana apa yang mereka lakukan adalah terpulang kepada mereka sendiri,” katanya kepada pemberita pada majlis berbuka puasa anjuran Yayasan Sabah di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), kelmarin.

Seramai 1,300 penuntut kelahiran Sabah yang belajar di institusi pengajian tinggi di Semenanjung diraikan pada majlis tersebut.

Musa berkata jentera pilihan raya Umno dan BN negeri Sabah sudah bersedia sepenuhnya bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 yang dijangka berlaku bila-bila masa sahaja.

Katanya senarai nama calon dari kalangan anggota Umno Sabah juga telah dikemukakan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Kita telah hantar lebih kurang tiga nama bagi setiap kawasan termasuk bagi calon di kawasan Dewan Undangan Negeri dan Parlimen,” katanya.

Mengulas mengenai spekulasi yang mengatakan terdapat lebih ramai lagi pemimpin dan anggota BN Sabah yang akan bertindak keluar parti, beliau mendakwa isu tersebut sengaja dimainkan pembangkang.

“Janganlah buang masa dengan spekulasi. Ini sengaja yang dimainkan oleh pembangkang. Yang penting kita sebagai kerajaan bekerja siang malam untuk rakyat dan tiada masa untuk cakap kosong ini,” katanya. (Bernama)

20 comments:

  1. w/pun lajim keluar dari BN, namun UMNO sabah tetap masih kuat dan mantap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. There is nothing to do with them both, BN is still strong.

      Delete
    2. seorang pemimpin yang keluar tidak akan menggugat perjuangan dalam UMNO. masih ramai lagi pengganti lain.

      Delete
    3. BN remains strong and continue to be stronger than ever.

      Delete
    4. Lajim bukan masalah bagi UMNO. dia keluar takkan memberi kesan terhadap UMNO.

      Delete
  2. pada pru13 nanti, BN sabah pasti akan menang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terpulang kepada parti dan sokongan rakyat keseluruhannya.

      Delete
  3. BN in Sabah is still great.

    ReplyDelete
  4. I hope the relations between the members can be improved.

    ReplyDelete
    Replies
    1. perbincangan secara tertutup antara ahli juga pemimpin penting dalam selesaikan sebarang ketidakpuasan hati.

      Delete
    2. More discussions are needed though.

      Delete
    3. The members should always be united to achieve the party's objectives together.

      Delete
  5. UMNO tetap kukuh dan tidak ada perpecahan dalam UMNO.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Musa Aman gave a statement stating that Sabahans should not fall for the tactics of the opposition which tries to give the impression that Barisan Nasional is shaky and disunited following the exit of certain leaders.

      Delete
  6. “It’s normal for one or two persons to be unhappy, but let them do what they want to do as it is entirely their business,” Musa told reporters at the breaking of fast hosted by Sabah Foundation.

    ReplyDelete
    Replies
    1. If their decision is to leave the party to join another, it is their rights to do so as this is a democratic country.

      Delete
  7. Rumours that more Sabah BN leaders would quit were merely a speculation.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Unless the Sabah BN leaders confirmed the rumors themselves, it is consider baseless.

      Delete
  8. Musa Aman said Umno and BN in the state were always united to ensure Sabah BN remained strong.

    ReplyDelete