By : RAJESWARI
PEMILIK kad pengenalan lama,
Balakrishnan, 74 menghadapi masalah
untuk membuka akaun di bank kerana bank tidak terima MyKad lama.
Anaknya Rukumani seorang ibu
tunggal yang hidup dengan bergantung kepada bantuan dari pelbagai pihak
termasuk bantuan RM300 dari Jabatan Kebajikan Negeri Selangor merungut kerana
kad pengenalan bapanya tidak diterima oleh pihak bank bagi membolehkan beliau
membuka akaun dibank dan wang kebajikan dimasukkan dalam akaun.
Rukumani terpaksa berulang-alik
dari rumahnya di Bandar Sultan Sulaiman Port Kelang ke Klang bagi mendapatkan wang bantuan kebajikan yang
diberikan kepada bapanya.
Apabila meminta supaya wang
tersebut dimasukkan dalam akaun bank bagi memudahkan Rukumani mengambil di bank
terdekat. Pegawai kebajikan tersebut meminta Rukumani untuk membuka akaun bank
di atas nama bapanya.
“Masalahnya ialah bapa saya
seorang kurang upaya (terlantar di katil dan tidak boleh berjalan) bagaimana
hendak ke bank untuk membuka akaun bank dan membuat My kad baru,” kata Rukumani
dengan suara yang sedih.
Malahan katanya, dia
terpaksa membayar tambang teksi yang begitu mahal untuk ke destinasi tertentu
bagi mendapatkan bantuan kewangan bagi
menyara keluarganya.
Rukumani yang terpaksa
menjaga bapanya serta dua orang anaknya, Nanthakumar 14 dan Vaitheswari 13
tahun yang masih bersekolah, terpaksa mengharungi pelbagai kesulitan dan
kesukaran bagi menampung hidupnya.
Apatah lagi wang RM300 itu
terpaksa dibayar sewa rumah RM300 dan sedikit sebanyak menerima bantuan makanan
dari kuil berhampiran dan badan kebajikan yang sudi menghulurkan bantuan. Kedua-dua
anaknya juga tidak mempunyai Mykad sehingga ke hari ini.
No comments:
Post a Comment