Oleh : CLARA CHOOI
KUALA LUMPUR : Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Razak akan mengumumkan terma-terma rujukan bagi
Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ke atas masalah pendatang haram di Sabah pada
Sabtu hadapan.
Pegumuman Najib itu akan
akhirnya meletakkan titik noktah kepada penantian selama enam bulan mengenai
isu tersebut.
PM mengesahkan hari ini
bahawa terma dan syarat untuk suruhanjaya tersebut akan diumumkan apabila
bermesyuarat dengan pemimpin Barisan Nasional (BN) Sabah.
"Saya akan umumkan pada
11 Ogos," katanya kepada wartawan apabila ditanya bila tarikhnya.
"Saya telah berjumpa
dengan beberapa pemimpin BN Sabah dan akan bertemu lagi pada 11
haribulan," katanya.
Lawatan PM ke Malaysia Timur
itu kebetulan sama dengan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang
dijadualkan pada keesokkan harinya.
Najib telah mengumumkan RCI
Sabah yang telah lama dinantikan pada 1 Jun lalu tetapi tidak menyatakan lebih
lanjut mengenai ahli panel serta terma dan syarat.
Isu ini telah mula bermain
di media semenjak 10 Febuari apabila pemimpin BN Sabah, Tan Sri Bernard Dompok
mengumumkan keputusan kabinet untuk menubuhkan RCI.
Masalah pendatang haram di
Sabah telah menjadi masalah tertangguh di negeri yang dikuasai BN itu dan
sentiasa dijadikan sebab berlakunya masalah sosial, ekonomi dan keselamatan
bagi penduduk tempatan.
Menurut jawapan parlimen
tahun lalu, populasi Sabah berjumlah 651,304 pada 1970 bertambah ke 929,299
sedekad selepas itu.
Mengikut laporan media, pada
2010, jumlah telah meningkat ke 3.12 juta, dengan orang asing sebanyak 889,799
at 27 peratus daripada populasi.
Pemimpin pembangkang telah
lama menyalahkan kerajaan BN kerana peningkatan populasi, dengan menuduh
pendatang haram diberikan MyKad dan hak mengundi bagi memastikan BN terus
berkuasa.
Isu ini telah menjadi sebab
utama mengapa dua pemimpin senior BN, ahli parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfres
Mojilip Bumburing dan ahli parlimen Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin
meninggalkan gabungan tersebut.
Biar rakyat juga diberikan peluang untuk menilai dan memberi pandangan tentang ToR ni.
ReplyDeletemaklum balas dari rakyat sabah juga harus diambil kira mengenai terma syarat dan ahli panel RCI tersebut.
Deletemoga terma RCI yang diumumkan disenangi rakyat.
DeleteMay be can get the people idea and involvement?
DeleteDiharap pelaksanaan RCI juga akan dibuat lepas terma dan rujukan ni diumumkan. mudah-mudahan bulan ni juga.
ReplyDeleteThe sooner the better. We have been waiting for this RCI for a quite long time.
DeleteHope that the RCI will be finally announced this week.
DeleteRCI patut dilaksanakan segera. ia penting bagi sabahan.
DeleteRCI harus ditubuhkan tepat pada masa, harap-harap sebelum pru13.
DeleteIs this coincidence? After the departure of Bumburing from BN, then come the announcement of TOR.
ReplyDeleteapa2 pun, kita tunggu dan lihat apa terma syarat yang bakal dikemukakan oleh kerajaan..
ReplyDeleteHopefully the Terms of Reference are drafted according to the needs of Sabahans.
Deletehope this time TOR for RCI will be announced
ReplyDeletehope no more delays...
ReplyDeleteisu PATI di Sabah telah sekian lama berlanjutan, harap ada penyelesaian
ReplyDeleteharap permintaan rakyat termakbul kali ini
ReplyDeleteI do hope the government will allow a Sabahan to be appointed as the head of RCI panel.
Deletelagipun, memang inilah yang dinanti-nantikan oleh rakyat Sabah
ReplyDeleteHopefully the RCI can help resolve the illegal immigrant and dubious voters before the next GE.
DeleteLooking forward to hear good news from the Prime Minister during his visit in Sabah.
ReplyDeleteBn should prove their sincerity to resolve PATI issue.
ReplyDeleteNajib akan menunaikan janjinya.
DeleteAhlijawatan RCI juga memainkan peranan penting.
ReplyDeleteSemoga masalah kemasukan PATI dapat dikesan puncanya.
ReplyDeletePertubuhan RCI harus dipercepatkan pengurusan agar masalah boleh cepat ditanggani.
ReplyDeleteKerajaan pasti tahu apa yang seharus dilakukan,.
DeleteLaksanakan RCI
ReplyDelete