Oleh
: HAFIZ YATIM
PAKATAN
Rakyat tidak patut mengeluarkan logo hari kemerdekaan sendiri memandangkan
mereka tidak dapat bekerjasama menggunakan tema yang sama, kata Ketua Pemuda
Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
Khairy
menyifatkan Pakatan kini seperti raksasa dalam mitos Yunani yang mempunyai
banyak kepala di satu badan.
"Bagaimana
mereka hendak hasilkan logo bersama sedangkan tidak boleh bekerjasama
menghasilkan tema yang sama," katanya.
Pengumuman
Pulau Pinang menggunakan tema "Budaya Bersih, Merdekakan Rakyat" hari
ini melengkapkan empat tema hari kemerdekaan berbeza di negeri Pakatan.
Walaupun
Pakatan mengumumkan "Sebangsa, Senegara, Sejiwa" pada 1 Ogos lalu
sebagai tema alternatif mereka, hanya Selangor yang menggunakannya.
Sementara
Kedah dan Kelantan memutuskan tema masing-masing sebelum kepimpinan tertinggi
Pakatan mengumumkannya. (MKINI)
No comments:
Post a Comment