Monday, 20 August 2012

PBS KONSISTEN PERJUANGKAN RAKYAT SABAH





KOTA KINABALU : Parti Bersatu Sabah (PBS), yang  ditubuhkan kira-kira 27 tahun yang lepas, konsisten dalam memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat Sabah, kata Presidennya Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

Beliau berkata walaupun banyak cabaran yang terpaksa ditempuhi dalam arena politik negara sepanjang tempoh itu, namun PBS berjaya menghadapinya dengan penuh ketabahan, keyakinan dan kekuatan.

Pairin yang juga Timbalan Ketua Menteri berkata kejayaan itu adalah hasil sokongan berterusan rakyat dan pemimpin parti di semua peringkat termasuk anggota majlis tertinggi, ketua bahagian dan pemimpin akar umbi.

"Apabila mengimbau semula sejarah dan liku-liku perjuangan Parti Bersatu Sabah, saya begitu terharu dengan sokongan rakyat dan pemimpin parti yang selama ini begitu tabah untuk bersama-sama memperjuangkan nasib rakyat Sabah.

"Terima kasih atas sokongan ini dan marilah kita terus memperbaharui tekad untuk terus menabur bakti kepada rakyat dan negeri ini demi kebaikan semua," katanya ketika berucap pada majlis sambutan hari jadinya yang ke-72 di Dewan Putra Luyang, dekat sini malam tadi.

Turut hadir ialah ketiga-tiga timbalan presiden PBS iaitu Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, Datuk Dr Yee Moh Chai dan Datuk Almudin Kaida.

Pairin berharap rakyat terutama golongan muda dapat menghayati sejarah perjuangan PBS terutama penglibatan parti itu dalam membela nasib rakyat Sabah termasuk masyarakat Kadazandusun Murut.

PBS merupakan parti terawal di negeri ini yang 'lantang' memperjuangkan isu berkaitan dengan masalah pendatang tanpa izin (PTI) di Sabah dan konsisten dalam membangkitkan isu itu dalam setiap mesyuarat agung tahunannya termasuk mencadangkan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat kemasukan PATI sejak parti berkenaan ditubuhkan hampir tiga dekad yang lepas.

Perjuangan selama 27 tahun itu akhirnya membuahkan hasil apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penubuhan RCI dan termanya pada minggu lepas, yang disambut baik dan dilihat oleh rakyat Sabah sebagai jalan penyelesaian terbaik kepada masalah yang tidak berkesudahan itu.

Sebelum ini, dalam Kongres PBS tahun lepas, Pairin meminta agensi penguatkuasaan supaya meningkatkan pengawasan bagi menangani masalah pendatang tanpa izin di Sabah dan diselesaikan menjelang 2012.

PBS yang diterajui Pairin turut memainkan peranan penting dalam merealisasikan penubuhan Kolej Kadazandusun Murut (Kolej KDM) di negeri ini seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri dalam lawatannya ke Tambunan, di bahagian pedalaman Sabah, awal tahun ini.

Cadangan penubuhan kolej berkenaan dibuat oleh Persatuan Kebajikan dan Pendidikan Kadazandusun dan Murut Sabah (PEKADIN). (Bernama)


13 comments:

  1. Memang tidak dinafikan lagi mengenai perkara ini. Bukan saja PBS malahan semuap parti BN Sabah akan terus memberikan keutamaan kepada pentingan rakyat Sabah sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerajaan perlu memberi keutamaan dan kepentingan untuk rakyat.

      Delete
    2. Gerenti rakyat akan beri sokongan yang padu pada kerajaan jika kepentingan rakyat didahulukan.

      Delete
  2. PBS antara parti politik yang telah lama bertapak di Sabah, pasti mempunyai banyak pengalaman dan berguna untuk menghadapi segala cabaran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkinkah PBS akan dapat mengulangi zaman kegemilangannya?

      Delete
    2. bukan sahaja banyak pengalaman, malah banyak penyokong atau pengikut yang tentunya menjamin kekukuhan parti tempatan ini..

      Delete
  3. Hahaha, cute pula ni gambar:P Baguslah kalau konsisten, teruskan perjuangan anda.

    ReplyDelete
  4. Harap semua part komponen BN akan terus berusaha memperjuangan kebajikan rakyat.

    ReplyDelete
  5. Akhirnya tuntutan PBS untuk tubuhkan RCI berjaya juga walaupun pada cadangan tahun 1994 telah ditolak oleh Anwar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya rasa Najib juga perlu diberikan pujian kerana berani melakukan perubahan yang gagal dilaksanakan oleh perdana menteri sebelum beliau..

      Delete
  6. satu bukti menunjukkan PBS masih releven ialah, kemenangan calon tidak popularnya di Batu Sapi..

    ReplyDelete
  7. syabas kepada Pairin.. saya yakin adik beliau sendiri juga tidak akan mempu menggugat kedudukan beliau dan juga parti beliau..

    ReplyDelete
  8. berkenaan dengan RCI dan kajian semula royalti minyak, saya harap pemimpin2 PBS terus mengikuti perkembangan kedua2 langkah penyelesaian kerajaan ini dan pastikan ianya benar2 dapat menyelesaikan masalah2 di negeri ini..

    ReplyDelete