Saturday 25 August 2012

PELABURAN SCORE MENINGKAT





SIRAM......Taib menyiram air mawar ke atas pusara ayahnya, Allahyarham Mahmud Yahya sambil diperhatikan Ragad (kanan) ketika menziarahi kubur ayahnya di Tanah Perkuburan Islam Sungai Baong Miri, petang semalam.

By :  CLARE CINDERELLA

MIRI: Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud semalam amat yakin jumlah pelaburan dalam Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) akan terus meningkat dengan kemasukan pelabur-pelabur asing.

Keyakinan itu berdasarkan sambutan memberangsangkan ekoran beberapa siri lawatan ke luar negara dalam usaha mempromosikan SCORE kepada pelabur-pelabur luar, baru-baru ini.

“Pelaburan masih terus meningkat dan kini hamper mencapai 20 pelabur,” katanya dalam nada ceria ketika ditemui pemberita ketika mengadakan kunjungan Hari Raya ke kediaman Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang.

Baru-baru ini Taib telah mengetuai misi perdagangan ke luar negara bagi mempromosikan SCORE ke negara-negara Timur Tengah dan terbaharu ialah ke Jepun pada awal Julai lepas.

Hasil lawatan itu juga, misi terbabit berjaya mendapat maklum balas memberangsangkan daripada para pelabur negara-negara Timur Tengah yang menyatakan minat terhadap SCORE, di samping Pehin Sri Abdul Taib Mahmud Ketua Menteri Jepun.

Sehingga Mac tahun ini, kerajaan negeri telah meluluskan penubuhan 14 kilang yang bakal beroperasi di Bintulu, Mukah dan Tanjung Manis yang membabitkan nilai pelaburan sebanyak RM30 bilion.

Dengan kemasukan pelaburan dari negara-negara Timur Tengah dan Jepun kelak, jumlah pelaburan tersebut dijangka terus meningkat, katanya.

Mengenai sambutan perayaan Hari Raya tahun ini, Taib turut melahirkan rasa gembira beliau dengan perpaduan kaum yang cukup erat dan baik, yang ditunjukkan ketika musim perayaan.

Katanya hubungan atau percampuran kaum yang baik itu telah menjadikan perayaan Hari Raya tahun ini disambut dengan aman dan dalam keadaan yang baik di negeri ini.

“Apatah lagi, pemimpin-pemimpin Barisan Nasional turut memberikan sokongan mereka (mengadakan kunjungan Hari Raya),” jelasnya.

Taib dan isteri, Puan Sri Ragad Kurdi Taib tiba di Miri semalam untuk mengadakan kunjungan Hari Raya dan seterusnya menghadiri Majlis Makan Malam Ramah-tamah Aidilfitri anjuran Lembaga Amanah Kebajikan Melayu Miri (LAKMM).

Turut mengiringi beliau dan isteri ialah Menteri Perumahan merangkap Menteri Pelancongan

Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg, Menteri Pembangunan Tanah

Tan Sri James Masing, Menteri Kerajaan Tempatan dan Kemajuan Masyarakat merangkap Menteri Kewangan

Kedua Dato Sri Wong Soon Koh, Menteri Muda Kemudahan Awam Datuk Dr Stephen Rundi, Menteri Muda Perhubungan Datuk Lee Kim Shin dan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri Lawrence Lai. (theborneopost)

No comments:

Post a Comment