DEDAH…Maisarah
menceritakan pengalamannya kepada Zaimah ketika sesi kaunseling di RMP.
KOTA BHARU: Mereka menuntut
di institusi pengajian tinggi (IPT), malangnya akhlak masing-masing amat rendah
apabila aktif mengamalkan seks bebas, malah bergabung mewujudkan seolah-olah
satu kelab bagi merancang kegiatan.
Tanpa mempedulikan dosa dan
masa depan, kumpulan siswi berusia 19 hingga 21 tahun itu tidak mahu melihat
ada ahli kumpulan mereka yang masih dara.
Malah, sesiapa yang masih
dara dipecat ‘keahliannya’ atau tidak layak menyertai kelab itu dan dianggap
sebagai kolot atau kekampungan.
Akibatnya, seorang daripada
siswi yang pernah menjadi ahli ‘kelab tiada dara’ itu kini menanggung derita kerana
disahkan doktor dijangkiti virus HIV berikutan terbabit kegiatan seks bebas. (METRO)
No comments:
Post a Comment