KINABATANGAN : Ketua Menteri
Datuk Seri Musa Aman menyifatkan tindakan pemimpin yang keluar dari parti dalam
komponen Barisan Nasional (BN) di negeri ini sebagai mempunyai agenda sendiri.
"Mungkin mereka ada
agenda sendiri dan ia adalah hak masing-masing. Kalau ada yang tidak sudi
bersama kita dalam BN, kita biarkan saja si luncai terjun dengan labunya,"
katanya ketika berucap pada majlis berbuka puasa bersama Umno Zon 5 di sini
hari Ahad.
Umno Zon 5 membabitkan Umno
Bahagian Kinabatangan, Beluran, Libaran, Batu Sapi dan Sandakan.
Musa, yang juga Pengerusi
Badan Perhubungan Umno Sabah, berkata beliau akur dengan permintaan pemimpin terbabit
untuk tidak lagi bersama dalam BN.
Katanya tindakan pemimpin
terbabit tidak menjejaskan BN Sabah terutama dalam menghadapi pilihan raya umum
akan datang.
Ini kerana, beliau yakin BN
Sabah berada pada landasan yang betul dalam perjuangannya terutama untuk
membela rakyat dan membawa pembangunan di negeri ini.
Katanya ini dilakukan oleh
kerajaan melalui pelaksanaan beberapa program untuk meringankan beban rakyat,
antaranya Bantuan Rakyat 1Malaysia yang memberi banyak manfaat kepada penerima.
Musa berkata kerajaan ikhlas
dalam perjuangan membela rakyat terutama dalam mengotakan janji yang diberi
kepada rakyat.
Baru-baru ini, Anggota
Parlimen Beaufort Datuk Lajim Ukin melepaskan semua jawatannya dalam Umno serta
BN dan Anggota Parlimen Tuaran Datuk Wilfred Bumburing juga berbuat demikian
dengan melepaskan jawatannya dalam parti Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun
Murut Bersatu. (Bernama)
Setiap pemimpin memang ada agenda mereka tersendiri bila mengambil apa2 keputusan. mungkin juga ingin mendapat kedudukan dan jawatan tertinggi dalam sesebuah parti.
ReplyDeleteIf the political interest weighs more than the intention to help rakyat, just forget it.
DeleteMany of the politicians jump ship because they could not get any benefits from the current party. Jeffrey jump many times because he could not gain authority in the party, in the end he set up his own party and become it's president.
DeleteLajim Ukin left BN party because he knew the top leadership have planned to drop him from the next GE. Rather than being fired, he decided to leave by himself.
DeleteMungkin pemimpin yang lompat parti ingat mereka boleh dapat kedudukan yang lebih tinggi lagi.
DeleteBung Moktar said the BN needed a transformation that will reflect positively on voters because of the looming threat coming from outside and inside the party.
ReplyDeletePerhaps its good to have a transformation within the Sabah government to improve the people's confidence to the current government.
DeleteAll leaders have their own reason to jump ship, but there is nothing we can do about it since it is their rights to shift to other parties. Unless a law is implemented restricting members from jumping to other countries.
ReplyDeleteHopefully the government under Musa Aman will be sincere in fighting for the people's rights as well as fulfilling their promises.
ReplyDeletememang ada agenda tersendiri tu...
ReplyDeleteapa2 pun, BN sabah tetap kukuh...
ReplyDeleteItu sudah sementinya, biarlah mereka lompat parti, yang penting BN tetap kuat.
DeleteHarap2 BN boleh menang lagi.
Deletemereka keluar BN kerana inginkan jawatan lebih besar.
ReplyDeletejika hnya inginkan jawatan besar, jadi tak ikhlas dalam perjuangan untuk rakyat.
DeleteMereka yang keluar parti memang ada agenda tersendiri. Jadi lebih baik abaikan mereka dan fokus kepada rakyat.
ReplyDeleteBiar la rakyat yang menentukannya.
DeletePemimpin2 perlu utamakan rakyat daripada kepentingan diri.
ReplyDelete