Oleh : SARA GHAZIE
PERDANA Menteri Datuk Seri
Najib Razak telah digesa supaya menggantikan Abdul Gani Patail sebagai Peguam
Negara kecuali Abdul Gani secara terbuka menangani senarai panjang dakwaan
terhadapnya mengenai penyalahgunaan kuasa.
Bercakap dalam satu sidang
akhbar hari ini, bekas anggota panel penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM), Tan Sri Robert Phang berkata Najib perlu sedar bahawa Abdul
Gani adalah liabiliti kepada BN.
"Jangan jadi batu
penghalang terbesar kepada usaha BN, terutama memandangkan BN cuba untuk
mendapatkan matlamat terbaik dalam pilihan raya umum akan datang.
"Jika anda (AG) terus
berdiam diri, tidak menangani tuduhan-tuduhan serius terhadap anda, ia pasti
akan menjadi batu penghalang kepada semua usaha mereka," katanya.
Phang mendakwa Abdul Gani
mempunyai dendam terhadap peguam Rosli Dahlan, mempunyai hubungan rapat dengan
bekas pengerusi Malaysia Airlines, Tan Sri Tajudin Ramli, yang telah disiasat
oleh SPRM berhubung dakwaan rasuah dan didakwa berpihak dalam perebutan Lembaga
Pengarah Ho Hup Bhd.
Phang berkata kerana beliau
telah menimbulkan isu-isu di atas sebelum ini, maka beliau telah menjadi
sasaran "serangan yang berniat jahat" oleh penulis blog tanpa nama
yang beliau percaya telah diupah untuk mempertahankan Abdul Gani.
No comments:
Post a Comment