Oleh : MUDA MOHD. NOOR
KANGAR: Bekas Ketua
Penerangan Umno Perlis, Datuk Hashim Suboh menyelar Datuk Dr Rais Yatim dan
menyifatkan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan sebagai punca
kontroversi sambutan hari merdeka 31 Ogos ini.
“Dr Rais anggota kabinet
yang tidak memahami erti tranformasi yang mahu dibuat oleh Perdana Menteri.
Beliau telah merosakkan momentum sambutan hari merdeka.
“Kerana beliau, pembangkang telah
mempolitikkan tema hari merdeka. Elok sahaja dia (Dr Rais) meletakkan jawatan
dan berundur. Orang tua tidak memahami keperluan semasa.
“Beliau telah merosakkan
momentum tranformasi Datuk Seri Najib Tun Razak. Sekarang orang menyalahkan,
BN, Umno dan Najib,” kata beliau hari ini.
Pakatan
Rakyat tolak
Menurut Hashim, tema sambutan hari merdeka perlu bercirikan
semangat kenegaraan bagi memastikan semua rakyat merasa bangga menjadi warga
yang merdeka.
Bagaimanapun, Katanya,
kebebalan politik Dr Rais boleh menyebabkan sambutan hari merdeka menjadi
hambar.
“Kita simpati dengan Perdana
Menteri yang mahu melaksanakan tranformasi tetapi dibantutkan oleh ahli-ahli
kabinet yang tidak memahaminya.
“Menteri-menteri kabinet
juga ferlu tranformasi tetapi berlainan sekali dengan yang ini. Beliau tidak
memahami tranformasi,” tambah Hashim lagi.
Pakatan Rakyat menolak tema
Janji Ditepati kerana mendakwa ia kempen BN.
Sebaliknya memilih tema alternatif “Sebangsa,
Senegara, sebagaimana diumumkan
Pengerusi jawatankuasa pemilihan tema tersebut, Datuk A Samad Said baru-baru
ini.
Pakatan Rakyat juga memberi
tempoh seminggu supaya Janji Ditepati ditarik balik. (FMT)
No comments:
Post a Comment