Saturday 11 August 2012

RAKYAT SABAH TEGUH BERSAMA NAJIB





KOTA KINABALU  : Sokongan rakyat Sabah terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak sedikitpun terjejas sekalipun dua anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) melompat menyertai Pakatan Rakyat baru-baru ini, demikian tegas timbalan ketua perhubungan Umno Negeri Datuk Seri Salleh Said Keruak Jumaat.

Beliau yakin majoriti rakyat akan terus menyokong kepimpinan Najib dalam menerajui negara untuk mencapai kejayaan lebih besar.

MP Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin dan MP Tuaran, Datuk Seri Wilfred Mojilip Bumburing mengikrarkan sokongan mereka kepada Pakatan Rakyat bulan lepas, untuk pilihan raya umum akan datang.

Bumburing dengan rasminya keluar BN tetapi Lajim kekal menjadi ahli Umno tetapi meletakkan jawatan sebagai anggota majlis tertinggi Umno, ketua Umno Bahagian Beaufort serta pengerusi BN Beaufort.

Sokongan kepada Najib kini terus meningkat, terutama di kalangan rakyat Sabah "kerana keikhlasan beliau mencari jalan menyelesaikan masalah termasuk membentuk Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang haram di negeri ini," kata Salleh, yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri.

"Program transformasi Najib telah memberi manfaat kepada rakyat. Saya percaya rakyat Sabah tidak akan menyokong ahli politik yang semata-mata berusaha untuk memenuhi impian politik peribadi. (Bernama)

No comments:

Post a Comment