Tuesday, 14 August 2012

RCI LEBIH DIYAKINI JIKA SIMON DILANTIK




Oleh: KREW SABAHKINI.NET

TUARAN : Pengumuman Pengerusi dan Anggota Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat pendatang asing dan kependudukan luar jangka di negeri ini akan lebih dihargai dan diyakini rakyat seandainya bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Tan Sri Simon Sipaun dipilih sebagai salah seorang dalam anggota suruhanjaya tersebut.

Pengerusi Angkatan Amanah Merdeka Malaysia (AMANAH) Kawasan Sulaman, Haji Ghulabdin Enjih mengakui bahawa kesemua penama yang telah dilantik menjadi anggota suruhanjaya itu terdiri daripada mereka yang berpengelaman, namun sebelum ini tidak pernah seorangpun di antara mereka yg pernah menyuarakan kegelisahan terhadap fenomena kedatangan berlebihan pendatang asing yang mengakibatkan kependudukan luar biasa penduduk Sabah.

Haji Ghulabdin juga berkata,selain daripada Simon yang pernah menjadi seorang ahli SUHAKAM, perlantikan itu sepatutnya juga melibatkan beberapa NGO seperti Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA), Majlis Belia negeri Sabah (MBS) dan lain-lain lagi yang terdapat begitu sensitif dan terlibat juga menyuarakan saranan kepada kerajaan berkaitan penubuhan suruhanjaya tersebut.

Simon ketika memberi ceramahnya di Forum Ubah dan Tukar yang dianjurkan oleh sebuah parti politik di Star Cityy di sini pada Ahad lepas menganggap Terma Rujukan (TOR) kepada Suruhanjaaya Sisatan Diraja itu yang diumumkan Perdana Menteri,Datuk Najib Tun Razak baru-baru ini hanya bercirikan 'penyiasatan' dan bukan 'pembetulan'.

"Pada asasnya ia tidak mempunyai ilitizam politik.....semuanya,hanya siasat,tetapi tidak disebutkan tindakannya sebaik sahaja pesalah dikenal pasti.

"Apa tindakan terhadap mereka yang mendapat Kad Pengenalan (KP) melalui pintu belakang," tanya Simon.

"Sudah pasti ini tidak menunjukkan kesungguhan dan kesegeraan"kata beliau,yang menambah bahawa setahunya sesuatu keputusan Kabinet itu haruslah berdasarkan kertas kerja yang sangat menyeluruh.

"Drafnya tentu dirujuk kepada semua kementerian, jabatan dan agensi berkaitan untuk pandangan dan komen, termasuklah kamar Peguam Negara dan Kementerian Kewangan masing-masing untuk implikasi undang-undang dan kewangan," kata Simon.

"Sebaik sahaja keputusan dibuat katanya, tindakan berikutnya adalah untuk melaksanakannya. Terma-terma rujukan tidak timbul susulan keputusan untuk menubuhkan RCI tersebut secara logiknya,terma-terma rujukan sepatutnya dimuktamadkan sebelum keputusandibuat mengenai RCI," katanya.

Haji Ghulabdin dalam pada itu berharap pelantikan enam anggota RCI itu akan dapat memenuhi harapan dan jangkaan rakyat Sabah bagi menyelesaikan isu kebanjiran pendatang asing di negeri ini.

Meskipun dilihat pembentukan itu tidak membabitkan badan-badan NGO di sini,namun suruhanjaya itu harus mendapatkan kerjasama rapat termasuklah juga dari Simon, agar sisatan yang dilakukan bersandar dari sumber semua pihak yang berkaitan.

Haji Ghulabdin mengharapkan sisatan RCI itu tidak akan mengambil masa yang panjang dan sebaiknya selepas tugas suruhanjaya itu selesai diadakan maka barulah Pilihan Raya Umum ke 13 yang tempoh berakhirnya pada tahun depan akan diadakan.

Sementara itu Haji Ghulabdin memberitahu AMANAH Kawasan Sulaman akan mengadakan Majlis berbuka puasa pada 16 Ogos ini di Kediaman beliau di Kampung Kota Tuaran dekat sini yang akan turut dihadiri oleh Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing yang juga Pengerusi AMANAH Negeri Sabah.

Beliau mengau-alukan kepada semua ahli AMANAH dan orang ramai di sekitar daerah ini agar datang bersama pimpinan  NGO itu bagi menjayakan majlis berbuka puasa yang julungkali diadakan oleh badan sukrela tersebut.

31 comments:

  1. Mengenai perlantikkan ini kita tunggu saja siapakah ahli yang terpilih untuk RCI ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh lagikah ahli panel ni ditambah atau dikurangkan? syor2 dalam TOR pun masih boleh buat perubahan?

      Delete
  2. Siapa pun yang dipilih seharusnya seorang yang benar-benar mampu memberikan yang terbaik dan jujur dengan tugasan yang diberikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau boleh biarlah yang bebas dan tidak sertai mana2 parti politik.

      Delete
    2. Itu lebih sesuai..pilih panel yang tidak mewakili mana-mana parti.. lebih adil.

      Delete
  3. bagi saya hanya pihak yang tidak mempunyai apa2 kepentingan politik atau tidak pro kepada mana2 parti politik sahaja yang layak menganggotai RCI.. macam Simon, suara2 dia lebih banyak kepada parti politik pembangkang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahli panel mestilah neutral dan tiada kepentingan politik/peribadi...

      Delete
  4. tidak perlulah pertikaikan panel yang dilantik dan yang telah dipersetujui oleh Agong.. tunggu saja hasil siasatan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Diharap hasil siasatan tidak mengecewakan rakyat Sabah

      Delete
    2. harap2 tempoh 6 bulan tu pun cukup juga.

      Delete
    3. Semoga siasatan yang dijalankan akan mencapai matlamat dan tujuan.

      Delete
    4. Kita harap dalam tempoh 6 bulan dapat mencari jalan penyelesaian untuk pati.

      Delete
  5. RCI hanya berkesan jika dilaksanakan dengan telus dan bebas manipulasi. Mereka yang menjadi panel RCI tidak boleh berat sebelah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pelaksana RCI perlu tegas dalam menjalankan tugas.

      Delete
    2. kalau didapati ada antara mereka yang terlibat mempunyai jawatan dan kedudukan yang tinggi, jangan teragak2 untuk bawa mereka ke pengadilan.

      Delete
  6. Panel2 yang dipilih pasti telah ditelitikan sebelum diperkenalkan.

    ReplyDelete
  7. mungkin PM perlu menimbangkan semula terma syarat dan ahli panel yang dilantik..maklum balas dari rakyat sabah harus diambil kira..

    ReplyDelete
  8. moga penubuhan RCI ini mendapat suara ramai

    ReplyDelete
  9. pilihlah ahli RCI yang berpengalaman

    ReplyDelete
  10. harap semua pihak dapat bekerjasama dalam menangani masalah PATI di Sabah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ketepikan kepentingan diri, utamakan untuk masa depan rakyat di Sabah.

      Delete
  11. kerajaan dan rakyat harus bersatu hati untuk menyelesaikan isu PATI atau Projek IC di Sabah

    ReplyDelete
  12. masalah PATI dan projek IC telah lama berlarutan, harap ada penyelesaian

    ReplyDelete
  13. boleh dipertimbangkan jg untuk melantik Simon.

    ReplyDelete
  14. RCI diharap akan berjaya mencapai matlamatnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pelaksanaan tegas pasti matlamat RCI boleh tercapai.

      Delete
  15. Panel2 pun sudah dipilih, kita sama2 tengok perkembangan RCI.

    ReplyDelete
  16. Siapakah yang berkelayakan? Ciri apa yang diperlukan?

    ReplyDelete
  17. Usaha dan kerjasama semua pihak amat diperlukan, sebab masalah PATI adalah masalah semua orang.

    ReplyDelete
  18. Simon would be a good candidate too. Any suggestion should consider also.

    ReplyDelete
  19. Pelantikan panel adalah mustahak untuk memastikan RCI mencapai kejayaan.

    ReplyDelete