KUNJUNGI....Pairin
mengunjungi Rumah Terbuka Hari Raya Datuk Azizah Mohd Dun di Beaufort.
Kelihatan Azizah dan suami (kiri) menyambut kedatangan Pairin.
Oleh : ROZIE JUMAT
TAMBUNAN : Kunjungan para pemimpin Bukan Islam ke
sambutan Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri
yang diadakan oleh para pemimpin, saudara mara, rakan-rakan dan
penyokong menyemaikan lagi semangat 1Malaysia dikalangan masyarakat berbilang
kaum dan kepercayaan di negeri ini.
Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Pembangunan Infrastuktur,
Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, turut meluangkan masa meraikan sambutan Hari
Raya dengan membuat beberapa kunjungan ke rumah terbuka yang diadakan di
sekitar negeri dan di kawasannya (Tambunan) bersama dengan pemimpin lain untuk
sama-sama meraikan Hari Raya bersama dengan masyarakat melalui konsep rumah
terbuka.
Pairin yang juga Wakil
Rakyat Tambunan berkata, sudah menjadi kebiasaan bagi masyarakat di pedalaman
berkunjung ke rumah saudara mara serta rakan-rakan, bukan sahaja sebagai satu
kunjungan tetapi mengeratkan lagi perasaan muhibbah.
“Budaya ini ada pada setiap
masyarakat berbilang kaum dan kepercayaan, harus kita pertahankan dan jauhilah
perasaan curiga antara satu dengan lain,” kata Pairin.
Sempena sambutan hari raya,
Pairin telah meluangkan masa mengunjungi Rumah Terbuka yang dianjurkan di
Istana Negeri, Rumah Terbuka YAB Ketua Menteri , Rumah Terbuka Speker Dewan
Undangan Negeri, Rumah Terbuka Umno Bahagian
Papar, Rumah Terbuka Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna,
Datuk Azizah Mohd Dun di Beaufort dan Rumah Terbuka Ketua Wanita Umno Bahagian Keningau di
Tambunan. Beliau turut mengunjungi rumah terbuka anjuran masyarakat di kawasan
Keningau dan Tambunan.
Sepanjang bulan Ramadan, Pairin juga telah memberikan
sumbangan kepada surau-surau di sekitar kawasan Parlimen Keningau untuk majlis
berbuka puasa dan turut menyertai Penghuni Rumah Anak Yatim Tambunan berbuka
puasa yang dianjurkan oleh Parti Bersatu Sabah (PBS).
Dalam pada itu, Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Parti
Bersatu Sabah (PBS) akan diadakan pada 26 Ogos 2012 bersamaan hari ahad bermula
dari jam 10.00 pagi hingga ke jam 2.00 petang bertempat di Dewan Tun Hamdan
Tamparuli di pengerusikan oleh Ketua
Pemuda PBS Pusat , Datuk Jahid Jahim.
Orang ramai adalah dijemput
hadir. Turut menyerikan suasana ialah acara pentas oleh artis-artis terkenal
seperti Ampal, Marsha Londoh, Rey dan Janwary Liusin
No comments:
Post a Comment