Monday, 13 August 2012

SEPARUH SABAH DALAM GENGGAMAN PR?




Oleh : MOHD SAYUTI OMAR

MUNGKIN terlalu awal untuk saya mengatakan Sabah akan tumbang dan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum akan datang. Tetapi kalau orang bertanya saya mengenai Sabah, saya akan jawab Sabah kini sudah separuh dalam genggaman Pakatan Rakyat.

Kedudukan Sabah kini berbanding dengan Sarawak, Sabah lebih bahaya kepada BN. Wajar kalau Najib Razak perlu kerap turun ke Sabah untuk menyelamatkan kapalnya yang bakal karam.

Alhamdulillah saya dapat saksi sendiri apa yang berlaku di Sabah kini. Berbaloilah saya turun ke Sarawak dan Sabah bagi mengikuti perkembangan yang sedang berlaku.

Sabah kini bagi UBN ibarat sebuah kapal yang sedang karam. Makin hari kapal itu makin senget dan bakal ghaib akan ditelan lautan. Sudah tidak ada iktiar dan usaha untuk menyelamatkan Sabah. Umno kini hanya boleh berdoa dan menyediakan mangkuk untuk menadah air mata sahaja. Selepas ini Ketua Menteri Sabah bukan lagi dari Umno tetapi dari Pakatan Rakyat.

Seorang pegawai tinggi kerajaan dipetik sebagai berkata, Najib bawalah berapa ratus billion ke Sabah, tidak boleh menyelamatkan Sabah. BN akan kalah di Sabah. Sejajar itu saya teringat kata-kata seorang hartawan Sarawak malam tadi yang mengatakan dia kini sedang berkempen supaya rakyat Sarawak ambil duit tetapi undi pembangkang.

Maksudnya wang tidak akan memberi apa-apa erti dan jaminan lagi untuk Umno selamatkan Sabah. Rakyat Sabah memang mahukan wang, tetapi kali ini mereka tidak mungkin akan mengundi BN lagi. Mungkin kerana menyedari itu, dengan melihat body language rakyat Sabah menyebabkan pegawai kerajaan itu bermadah demikian. Ertinya Sabah sudah tenat dan sukar untuk diselamatkan lagi.

Cerita Sabah akan tumbang ini saya dengar sejak beberapa minggu lagi. Sejak keberanian Lajim Ukin dan Wilfred Bumburing mengambil tindakan keluar parti meninggakkan BN. Tindakan itu mencetus semangat baru di kalangan rakyat Sabah dan menjadi membentuk momentum hari ini.

Tetapi saya tidak begitu yakin kerana saya tidak dapat melihat sendiri perkembangan di Sabah. Menjadi perangai saya sukar untuk mempercayai sesuatu yang hanya di khabarkan sehinggalah saya lihat, rasa dan alami sendiri.

Semasa di Makkah dua minggu lepas juga, saya sudah mendapat berita berkenaan. Bahawa berlaku gelombang dan bakal mewujudkan tsunami politik besar di Sabah. Anehnya gelombang itu bukan kerana ia meriak dari Kuala Lumpur, tetapi ia meletus di Sabah sendiri. Gelombang yang bakal menenggelamkan kerajaan BN Sabah bukan panggilan dari Kuala Lumpur; tetapi ia muncul dari Sabah sendiri.

Atas tanggungjawab itu, maka saya menyusahkan diri terbang ke Kuching kemudian ke Sabah untuk semata-mata untuk melihat dengan mata kepala saya sendiri mengenai apa yang berlaku. Pada catatan permulaan ini saya tidak mahu membongkar berbagai kepelikan dan keanehan yang berlaku di Sabah yang mengarah kepada perubahan besar politik di negeri bawah bayu ini.

Cukup kalau saya menyebut pertemuan Anwar dengan para pemimpin politik Sabah tengah hari kelmarin mengesahkan kata-kata bahawa Sabah di ambang kehancuran buat BN. Para arkitek politik Sabah sedang merangka bagaimana proses penumbangan itu dan memikirkan pula bagaimana untuk membangun bentuk politik baru yang lebih diterima serta menyakinkan.

Belum pernah rasanya peristiwa seperti ini berlaku. Senario ini amat menggembirakan Anwar. Saya kira yang secara tidak langsung perjuangan Anwar selama 10 tahun dalam kandang penderitaan sudah disedari akan kepentingan dan keperluannya. Anwar kini sedang mengutip hasil dari perjuangannya menyedar dan membela rakyat yang dilakukannya. Bagaimana apa yang Anwar sebutkan, kebangkitan adalah kebangkitan rakyat yang perlu ditangani sebagai mungkin hendaklah tersemat di dalam hati.

Bertempat di sebuah hotel di bandaraya Kota Kinabalu, Anwar mengadakan satu pertemuan separuh sulit dengan beberapa tokoh politik Sabah. Sebaik tiba di airport Anwar ke hotel berkenaan. Di situ sudah sedia menanti tokoh-tokoh politik Sabah untuk berjumpa dengan beliau. Anwar hari ini diletak sebagai 'dewa' yang akan membuka lembaran baru di Sabah.

Ketika saya menjenguk masuk ke dalam bilik pertemuan itu ditingkat satu hotel berkenaan, ternampak Yong Teck Lee, Jeffrey Kitingan serta beberapa orang pimpinan kanan PKR dan juga DAP serta beberapa tokoh lain termasuk dari parti Star.

Sejurus itu mereka berdua keluar dan menaiki ke tingkat atas untuk bertemu dengan Anwar. Lajim Ukin dan beberapa tokoh lain sudah pun bersama Anwar, mungkin dalam bilik peristirehatan Anwar.

Menurut maklumat pertemuan itu antara lain memulakan rangka kerja lebih mantap bagaimana hendak menyelaraskan parti-parti politik yang akan memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat. Mungkin formula dicari bagaimana strategi tepat bagi menumbangkan kerajaan BN Sabah.

Ikut sama hadir dalam pertemuan itu ialah pemimpin DAP Sabah dan Kuala Lumpur. Tokoh yang saya nampak dan kenal ialah Teresa Kok. Pertemuan itu mesra dan penuh bersemangat. Setiap wajah yang tersapa oleh mata cerita dan sumringah.

Cuma agak sedikit terkilan, saya tidak nampak wakil Pas yang hadir. Kalau wakil Pas turut sama hadir maka boleh disifatkan pertemuan tengah hari tadi penting dan menjadi titik tolak ke arah pakatan menyeluruh untuk menumbangkan kerajaan pimpinan Musa Aman.

39 comments:

  1. BN tetap akan menjadi pilihan oleh rakyat. Begitu juga dengan Penduduk Sabah pasti akan terus menyokong BN. Kita dapat lihat yang mana BN tetap diterima kerana sokongan penduduk Sabah terhadap BN masih kuat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. The Bisaya group have stated that their support is still with BN after Lajim Ukin aligned himself with the opposition. Deputy president of PBBS said most of the Bisaya community were in full support of Barisan Nasional under Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak and Chief Minister Datuk Musa Aman. They have stated that they will continue to support Barisan, which has been able to transform the state.

      May the best party win during the next GE, we await the results after the votes have been counted.

      Delete
    2. BN masih kukuh dan mantap di sabah..

      Delete
    3. Pakatan won't able to conquer Sabah.

      Delete
    4. Hanya keputusan PRU yang akan menjawab persoalan ini. Selagi PRU belum tiba, apa2 perkara boleh berlaku dalam tempoh tersebut.

      Delete
    5. Biarlah rakyat sendiri menentukan siapakah kerajaan Sabah.

      Delete
  2. PR cuma bermimpi disiang hari mengenai perkara ini. Rasanya PR perlu sedar yang mana BN masih kukuh di Sabah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. It is always the Pakatan Rakyat's dream to take over Sabah. But it is up to the people to cast their votes during the next GE. Vote wisely, Sabahans.

      Delete
    2. Tidak perlu bermimipi. janji untuk rakyat PRU yang lalu pun belum dipenuhi.

      Delete
    3. Pakatan is a well known con artist.

      Delete
  3. The author is right, it is still too early to tell what will happen in the future. There is no proof that Pakatan will surely win half the seats in Sabah during the next GE unless the votes have been cast. We should just wait for the GE to see which party is the majority's choice.

    ReplyDelete
    Replies
    1. even their veteran leader Ansari unable to defeat unpopular PBS candidate Linda Tsen..

      Delete
  4. PKR, SAPP and Star still failed to cooperate in a one on one fight. Without their unity, a multi-cornered fights will be expected and split votes will occur. In the end, BN is still the advantageous side.

    BN will win majority as long as PKR, SAPP and Star continue to bickers. Just wait and see.

    ReplyDelete
  5. Jeffrey and Yong Teck Lee both claim they want to cooperate with Anwar during the next GE. However they turn around and tell the people to reject Malaya based parties like Pakatan. It seems like the Sabah opposition parties have an agenda of their own when extending their olive branch. What are their true motives? I'll leave it to the voters to make their own analysis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jeffrey, Yong Teck Lee and Anwar cannot be trusted.. and there will be no cooperation among them because of their greediness..

      Delete
    2. Masing2 mengejar kepentingan sendiri. macam mana mau bersatu.

      Delete
  6. jangan sekali2 mengiktiraf kemenangan selagi belum bertanding.. biasa sudah kami dengar kononnya Pakatan akan menang la, BN akan tumbang la, kerusi itu ini akan jatuh ketangan Pakatan la dan sebagainya.. akhirnya, Pakatan masih juga membangkang sehingga kehari ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. He is going down the hill. No one trusts him anymore.

      Delete
  7. agak lucu juga ramalan kononnya separuh daripada Sabah sudah dalam genggaman Pakatan.. saya tengok Pakatan tidak lah aktif sangat di Sabah malah ketua mereka jarang sekali membawa isu2 Sabah ke persekutuan.. kalau ketua dia datang Sabah pun sekadar untuk membersihkan nama dia atau menghasut mana2 pemimpin BN untuk keluar menyertai Pakatan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila dekat2 PRU saja dengar pembangkang ni bising. dulu ingatkan PAS memang langsung tidak wujud di Sabah. PKR ni bising bila Anwar datang Sabah ja. DAP pula sibuk dengan jalan raya, longkang..huhu

      Delete
    2. I was thinking the same too. What the hell of being said that part of Sabah has been colonized by PR? Nonsense.

      Delete
  8. separuh sabah sudah dalam genggaman PR? dalam mimpilah anwar lah barangkali..sokongan rakyat sabah kepada BN masih kuat dan kukuh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walau tidak separah, rasa 1/3? Semua ini cuma ramalan sahaja, keputusan masih berada di tangan rakyat.

      Delete
  9. Jangan yakin sangat, nanti kecewa habis jika langsung tidak dapat menang satu kerusi pun di Sabah.

    ReplyDelete
  10. belum tau lagi, jika setakat beberapa MP keluar dan sertai pakatan, ia belum bermakna apa2. PR jangan terlalu yakin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lompat parti MP akan mendatangkan kesan yang amat tidak baik untuk BN.

      Delete
  11. kita tgklah pada PRU nnti, adakah benar kata2 PR ni.

    ReplyDelete
  12. Ramalan semata-mata tiada guna juga tu.

    ReplyDelete
  13. BN still win in PRU13, but the no of seats may not as good as the previous election.

    ReplyDelete
  14. Lompat parti berkas pemimpin Bn akan memberi kesan juga.

    ReplyDelete
  15. Saingan antara Bn dan pembangkang semakin giat.

    ReplyDelete
  16. Peluang untuk semua parti adalah sama, kami menantikan macam mana mereka ini bertarung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap semua parti mengguna cara yang lebih amanah. Projek ic dll teknik yang kurang amanah harus dielakkan.

      Delete
  17. Masing-masing berusaha untuk mendapat kedudukan yang terbaik.

    ReplyDelete
  18. PR working hard to take lead in Sabah, not sure the people will give chance?

    ReplyDelete
  19. PR jangan terlalu yakin dengan ramalan.

    ReplyDelete