KONTROVERSI....Filem
ini menempah kontroversi kerana ia menyentuh isu yang sangat sensitif dan
berbaur perkauman kerana memfokuskan kepada tragedi berdarah 13 Mei 1969.
Oleh : ZAINAL ABIDIN NOR
SEBUAH filem bertajuk ‘Tanda
Putera’ mengalami situasi yang aneh kerana dikritik hebat sebelum ianya
ditayangkan kepada umum. Filem ini menempah kontroversi kerana ia menyentuh isu
yang sangat sensitif dan berbaur perkauman kerana memfokuskan kepada tragedi
rusuhan kaum 13 Mei 1969, satu peristiwa yang berlaku empat dekad yang lampau.
Peristiwa 13 Mei adalah
tragedi berdarah yang tercetus di antara orang Melayu dengan orang Cina dan
kini tercatat sebagai titik hitam dalam lipatan sejarah tanah air.
Dalam peristiwa itu seramai
196 orang dilaporkan terbunuh walaupun angka sebenar mungkin lebih dari jumlah
itu.
Separuh dari bajet sebanyak
RM4.5 juta filem arahan Shuhaimi Baba ini dibiayai oleh agensi kerajaan,
Perbadanan Pembangunan Filem National (Finas).
Pengkritik menyoal kenapa
filem ini diterbitkan di ambang negara sedang menghadapi pilihan raya umum ke
13 yang dijangka diadakan pada penghujung tahun ini atau selewat-lewatnya April
2013.
Motif filem ini tidak lain
dan tidak bukan merupakan satu lagi dakyah pemerintah Barisan Nasional yang
diterajui Umno untuk meraih kembali sokongan orang-orang Melayu yang semakin
hari semakin terhakis.
Sebagai satu alat propaganda
yang murah untuk menakut-nakutkan orang Melayu dan bagi menimbulkan kemarahan orang
Melayu terhadap orang Cina dan etnik-etnik yang lain.
Mesej Umno mudah: “Undilah
Umno jika kita mahu hak istimewa, nasib masa depan dan kuasa politik terus
kekal di tangan orang-orang Melayu.”
Kuasa
politik
Jika orang Melayu tidak
bersatu di bawah ‘payung’ Umno maka orang Cina akan mengambil alih pemerintahan
negara ini.
Kuasa politik orang Melayu
akan hilang, terpinggir dan orang Melayu akan hidup merempat di tanah air
sendiri.
Maka dicipta cerita bahawa
jika orang Melayu berpecah, parti DAP yang didominasi oleh orang Cina akan
mengambil alih pemerintahan di negara ini.
DAP dituduh telah diresapi
oleh komunis dan parti PAS pula dituduh telah diresapi pengaruh Jemaah Islamiah
(JI) yang membawa unsur keganasan.
Suasana kebimbangan ini
turut disuarakan oleh Perdana Menteri apabila beliau menasihati orang Cina
supaya memilih parti yang dapat menjamin keamanan dan kestabilan politik di
negara ini, jika mereka mahu terus berkembang maju dalam perniagaan.
Keadaan ini diburukkan lagi
oleh media-media pro Umno yang terus menyemarakkan api perkauman dan mencipta
suasana kebimbangan di kalangan rakyat, terutama di kalangan orang Melayu.
Namun rakyat di negara ini
tidak semudah itu termakan dengan dakyah Umno yang jahat dan bahaya ini. Pengundi terutama golongan muda yang celik IT
dan media baru mula sedar.
Generasi
baru
Generasi baru tidak lagi
memikirkan diri mereka berasal dari etnik atau keturunan tertentu. Sentimen
perkauman tidak lagi dapat mempengaruhi pemikiran mereka.
Seperti rakyat di
negara-negara lain, contohnya di Afrika Utara dan Timor Tengah, mereka bersatu
atas nama kebebasan, keadilan, kesamarataan dan menolak penindasan, kezaliman,
penyelewengan, rasuah dan salah guna kuasa pihak pemerintah.
Hakikat inilah yang
dibimbangi oleh Umno dan momentum untuk menuntut perubahan semakin kuat dan
tidak dapat dibendung lagi oleh parti Umno yang lapuk itu.
Tidak pernah dalam sejarah,
Umno begitu takut untuk menghadapi para pengundi. Ketakutan mereka mempunyai asasnya
berdasarkan prestasi pilihan raya umum 2008.
Buat pertama kali mereka
hilang dua pertiga majoriti di parlimen selain dari lima negeri iaitu Kelantan,
Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor telah jatuh ke tangan Pakatan Rakyat,
walaupun Perak berjaya dirampas kembali.
Tetapi Umno tidak akan
berhenti dari terus memainkan isu-isu sensitif seperti menerbit filem ‘Tanda
Putera’ ini, termasuk filem dan video lucah dan porno bagi menyambung tali
hayat politik mereka yang tinggal ‘nyawa-nyawa ikan’. (FMT)
No comments:
Post a Comment