Sunday 12 August 2012

TANGGUNG JAWAB KORPORAT PENTING DI SABAH



DERMA…. H.S Yapp kelihatan menyampaikan  replika cek bernilai RM217,500  kepada Bishop Melter Melton sambil disaksikan oleh Masiung Banah.

Oleh : SHAIMON S JUMADI          Foto  : HERMAN SANTOSO

ATAS dasar keprihatinan sebuah syarikat yang dipertanggungjawabkan dalam melaksanakan kerja-kerja membersihkan sisa-sisa kayu balak di Agoropolitan Lalampas  sebagai keperluan mendesakan pedudukm luar bandar harus diberikan penghargaan dan penghormatan terhadap usahanya.

Buktinya sehingga kini syarikat berkenaan berjaya membina sebanyak 6 buah rumah ibadah dengan nilai  keseluruhan hampir memakan perbelanjaan RM1 juta ringgit menerusi tanggungjawab sosial korporat syarikat berkenaan.

Demikian dijelaskan sendiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut Masiung Banah kepada Sabahkini.Net sejurus selepas menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Pembinaan Gereja Anglikan di Kampung Maliau Tongod kelmarin.

Ini juga merupakan satu perkembangan terbaik tambah Masiung dan ini jelas memperlihatan bahawa pembangunan di luar bandear sudah dapat dilihat walaupun ia agak lambat akibat faktor kedudukan kawawan DUN Kuamut agak jaih terpencil di Pedalaman.

Menurut Masiung tanpa adanya kerjasama jitu antara pihak kerajaan dan syarikat swasta serta kerjasama daripada penduduk-penduduk setempat itu  agak mustahil kita akan melihat sebuah bangunan rumah ibadah akan didirikan di kawasan ini.

“Dalam konteks ini saya ingin merakamkan jutaan  terima kasih kepada penduduk setempat kerana memberikan kerjasama yang begitu komited dalam penyediaan tapak bagi pembinaan rumah ibadah ini, dan kemudahan ini juga adalah untuk kegunaan bersama dan saya berharap agar anda semua dapat menggunakan dengan sebaik mungkin” ujarnya.

Masiung menambah kata sejak beliau diberi mandat sebagai wakil rakyat pada tahun 2008 sehingga kini mengakui bahawa beliau (Masiung)  banyak menerima cabaran dan tohmahan daripada pelbagai pihak.

“Ramai pemimpin bermusim dan tidak kurang juga pihak pembangkang mengatakan saya tidak menjalankan tugas membantu rakyat, tapi adakah yang pemimpin bermusim dan pembangkang yang menjanjikan kepada rakyat juga ditunaikan,  mereka bercakap hanya dengan air liur saja seperti seekor anjing Serigala menyalak bukit namun bukit tetap berdiri teguh seincipun tak bergerak” katanya.

Kata Masiung lagi kerja-kerja pembinaan Gereja Anglikan  Kampung Maliau yang akan menelan belanja kira-kira RM160  ribu ringgit itu akan dilaksanakan dalam masa terdekat ini.

“Apabila siap kelak para penduduk Kampung sudah boleh mengerjakan ibadah dengan selesa kerana kapisiti gereja tersebut boleh menampung hingga 500 orang dan ini juga dapat menggembirakan hati penduduk-penduduk yang selama ini menantikan rumah inbadah yang lebih canggih,” tambah Masiung.

Dalam pada itu Pengarah Syarikat teraju Hijau Sdn Bhd, Yap Sun Hen telah menderma sebanyak RM217,500 kepada badan amal gereja Anglikan sebagai perongkosan membaikpulih gereja-gereja lainnya yang memerlukan.

No comments:

Post a Comment