Tuesday, 14 August 2012

TERMA JADIKAN RCI SABAH TIDAK BERTARING




Oleh : LIM GUAN ENG

PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini telah menubuhkan sebuah suruhanjaya siasatan diraja (RCI) untuk menyiasat gejala pendatang asing dan peningkatan populasi yang mencurigakan selama dua hingga tiga dekad yang lalu.

RCI tersebut akan dipimpin oleh mantan Ketua Hakim Sabah dan Sarawak Tan Sri Steven Shim, dengan tanggungjawab utama untuk menyiasat sama ada pendatang asing di negeri itu diberi kad pengenalan atau kerakyatan secara tidak sah, dan sama ada mereka dimasukkan ke dalam daftar pemilih.

RCI Sabah yang baru ditubuhkan ini merupakan satu penipuan semata-mata serta wayang pilihan raya umum untuk mengalih perhatian daripada keyakinan yang kian merosot di BN Sabah ekoran pembelotan seorang timbalan menteri, seorang ahli parlimen dan seorang senator yang tidak puas hati kerana ditipu BN selama 25 tahun.

Namun begitu, jelas bahawa terma panel tersebut terlalu terhad kerana ia tidak menyebut tentang kuasa untuk mengenal pasti kenapa ia dilakukan, siapakah yang bertanggungjawab untuk memberi kerakyatan secara tidak sah, tiada kuasa untuk membuat cadangan hukuman ke atas mereka yang bertanggungjawab, serta bagaimana untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Kegagalan untuk menyiasat dan mengambil tindakan ke atas mereka yang bertanggungjawab ini bermakna bahawa RCI Sabah untuk pendatang asing ini tidak bertaring dan hanya lagi satu helah untuk menipu rakyat Sabah yang sudah pun ditipu selama 25 tahun.

Masa penubuhan RCI Sabah ini juga jelas membuktikan bahawa ia sekadar wayang untuk pilihan raya. Sekiranya merdana menteri betul-betul ikhlas, RCI ini sepatutnya sudah lama ditubuhkan.

Tindak balas pada MP tinggalkan BN

Setelah enggan selama bertahun-tahun dan kemudiannya melengah-lengah lagi selepas pengumumannya awal tahun ini, penubuhan RCI secara tergesa-gesa ini di ambang pilihan raya umum menimbulkan persoalan.

Tambahan, jelas bahawa pengumuman RCI oleh Najib ini adalah tindak balas kepada tindakan beberapa pemimpin BN di Sabah untuk meninggalkan parti.

Dalam beberapa minggu yang lepas, pemimpin-pemimpin kanan BN Sabah seperti ahli Parlimen Tuaran Datuk Seri Wilfred Mojilip Bumburing, ahli Parlimen Beaufort Datuk Seri Lajim Ukin dan yang terbaru Senator Datuk Maijol Mahap meninggalkan BN dan mengisytiharkan sokongan kepada Pakatan Rakyat.

Sebab utama mereka meninggalkan BN adalah kerana kehilangan keyakinan atas kegagalan BN untuk menyelesaikan masalah pendatang asing di Sabah.

Unjuran jumlah warga asing di Sabah adalah sekurang-kurangnya 27 peratus daripada populasi 3.12 juta, atau peningkatan 390 peratus daripada 651,304 pada tahun 1970 - peningkatan yang mendadak berbanding peningkatan 200 peratus di Semenanjung Malaysia.

Ia sudah menjadi masalah yang kritikal kerana bukan sahaja rakyat tempatan dicairkan, malah hak politik mereka pun sudah direbut.

Rakyat Sabah tidak akan memaafkan BN atas tindakan kejam dan khianat ini, khususnya apabila ia semakin jelas bahawa RCI yang dinanti-nantikan ini hanyalah satu wayang pilihan raya semata-mata.

28 comments:

  1. Kita sememangnya inginkan RCI ini adalah yang terbaik untuk menyelesaikan masalah PATI di Sabah ini. PM telah dibincangkan namun TOR belum muktamad kerana Kabinet mahukan input lebih daripada parti BN di Sabah dan kerajaan negeri.

    ReplyDelete
  2. 16 Februari, Datuk Najib bercadang untuk mengumumkan RCI untuk Sabah. Namun beliau masih lagi belum bersedia untuk mengumumkannya. Ini bagi memastikan RCI ini benar-benar berkesan. Sebab itulah memerlukan masa untuk melihat dan mengkajinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. RCI telah mengambil masa yang agak panjang, sehingga rakyat sendiri juga kecewa menantikannya.

      Delete
  3. Marilah kita renung bersama…Sebenarnya hasil perjuangan BN, kita semua rasai keseronokan hasil ekonomi yang terus berkembang serta keharmonian suasana yang cukup baik di kalangan semua masyarakat Malaysia.

    ReplyDelete
  4. Umno Sabah secara terbuka menyokong pembentukan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) untuk menjalankan siasatan dakwaan bukan warganegara memperoleh kewarganegaraan dengan cara yang diragui di negeri ini. Jadi RCI ini memainkan peranan yang penting pada akan datang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang amat dikhuatiri oleh pemimpin2 pembangkang ialah apabila RCI berjaya menyelesaikan masalah PATI dan Projek IC di Sabah.. jika masalah ini selesai, bermakna pembangkang sudah tidak mempunyai apa2 isu untuk dimainkan setiap kali berlakunya pilihanraya.. sebab itu hari ini mereka tidak henti2 mempertikaikan penubuhan RCI..

      Delete
  5. Umno Sabah tidak pernah membantah mengenai cadangan penubuhan RCI itu.

    Keputusan untuk mewujudkan RCI adalah keputusan pentadbiran Kerajaan Persekutuan dan pihak berkuasa yang betul untuk memutusknnya ialah Kabinet Persekutuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerajaan negeri sangat menyokong penubuhan RCI di Sabah.

      Delete
    2. Penl yang bertanggung jawab harus juga diluar kawalan kerajaan.

      Delete
  6. Hukuman kepada pesalah projek ic tertakluk dalam bidang kuasa mahkamah. RCI hanya untuk menyiasat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pembangkang sengaja mengelirukan rakyat dan cuba memperbodohkan rakyat.. jika RCI boleh menentukan hukuman dan boleh memutuskan bersalah atau tidak, pasti pemimpin2 pembangkang juga yang lebih dulu tampil mempertikaikan kuasa RCI..

      Delete
    2. Tindakan sepatutnya berdasar undang2 yang telah diperuntukan dalam undang2 negara.

      Delete
  7. DAP sebenarnya tidak mahu RCI ditubuhkan di sabah.. sebelum adanya RCI, pemimpin2 DAP seperti LGE dan LKS tidak pernah membawa isu PATI dan projek IC Sabah di peringkat persekutuan.. bila ada RCI, mereka anak beranak pula yang terlebih2 mempertikaikan penubuhan RCI..

    ReplyDelete
    Replies
    1. DAP tidak tahu apa2 pasal Sabah pun. DAP tidak akan dapat bezakan PATI dengan orang tempatan.

      Delete
  8. LGE cakap RCI ni hanya penipuan dan wayang pilihanraya semata2.. jadi kenyataan dia ni bukan ada sangut paut dengan pilihanraya?? LGE yang mana kredibiliti beliau dipertikaikan oleh banyak pihak patut tidak masuk campur hal2 Sabah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. LGE hanya cakap besar saja...dia sendiri pun tidak dapat bezakan antara rakyat tulen dan rakyat segera...

      Delete
    2. jika tidak tau keadaan di Sabah, baik diam saja

      Delete
  9. bagaimana LGE boleh cakap bahawa pengumuman RCI oleh Najib ini adalah tindak balas kepada tindakan beberapa pemimpin BN di Sabah untuk meninggalkan parti, sedangkan pengumuman dibuat sebelum "katak2" itu melompat?? RCI yang menipu atau LGE yang menipu sebenarnya??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inilah yang dikatakan mempolitikkan isu demi untuk kepentingan politik sendiri.

      Delete
  10. PM2 sebelum ini tidak berani menubuhkan RCI di sabah...hanya najib saja yang berani...ini membuktikan keikhlasan beliau kepada rakyat sabah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mahathir memang tidak hairan kenapa era pemerintahan beliau, RCI ni tidak dilaksana.

      Delete
  11. inilah pembangkang, semua nak dimanipulasikan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenyataan pembangkang hanya mengelirukan rakyat.

      Delete
    2. Rakyat harus menilai dan membezakan kebenarannya.

      Delete
  12. Pembangkang patut menyumbangkan idea terbaik untuk hapuskan PATI dan bukan sekadar buat kritikan. penubuhan RCI ni pun bukannya sesuatu yang mudah.bolehkah pembangkang bagi jaminan dapat selesaikan masalah PATI ni kalau mereka yang memerintah??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pembangkang akan sentiasa membantah setiap usaha kerajaan untuk rakyat.

      Delete
  13. Kami menantikan siasatan RCI menghasilkan yang positif.

    ReplyDelete
  14. Masing-masing ada agenda sendiri untuk dicapai.

    ReplyDelete