Monday, 13 August 2012

33 DUN NEGERI SABAH BAKAL JATUH KE TANGAN PR?




Saudara Pengarang

RAKYAT Sabah bakal melihat sebuah kerajaan baru bakal dibentuk selepas PRU 13, mengikut analisa dan Survey yang saya lakukan terhadap keputusan PRU 2008, peluang Pembangkang kali ini, sememangnya cerah, dikirakan peluang adalah 50 : 50, di antara BN dan PR.

Dengan kemasukan tiga lagi pemimpin BN ke rumah PR kali ini sememangnya memperkuatkan lagi pembangkang di Sabah kali ini. Tindakan Datuk Lajim, Datuk Wilfred dan Datuk Maijol, sememangnya tepat dan memperkuatkan lagi peluang pembangkang di Sabah kali ini. Peluang pembangkang kali ini mestilah bersyarat jika ingin menggantikan Kerajaan BN Sabah.

PRU 13 kali ini pembangkang mencapai kata sepakat SATU LAWAN SATU dan diharapkan satu mimpi dan impian rakyat yang mahukan perubahan dan Tukar kerajaan BN akan menjadi kenyataan nanti bila pembangkang bersatu turun ke medan tempur.

PR bakal membentuk kerajaan baru Sabah dengan 'majoriti mudah' kali ini kerana diramalkan PRU 13 kali ini sememangnya sengit dan 'head to head' hampir di semua kawasan Dun kuat BN.

Jika PRU 2008 BN dengan mudah boleh, mencapai kemenangan mudah dengan 'score 59 -1', kali ini tidak lagi semudah ini kerana rakyat Sabah telah dilanda angin perubahan tukar, satu sunami politik baru bakal melanda sabah kali ini.

Diramalkan berdasarkan keputusan PRU 2008 lalu, analisa yang saya lakukan, ke semua 33 kerusi Dun ini, adalah BN hanya mencapai kemenangan majoriti tidak melebihi 39%, dengan peratus di bawa 39% ini, dan angin perubahan yang sedang bertiup kencang di sabah, kita yakin PR boleh membentuk kerajaan baru Sabah dengan majoriti mudah 33 kerusi.

Mengikut kajian saya, berikut adalah Kawasan yang keputusan PRU 2008 yang BN hanya menang majoriti di bawah 39%, peluang PR merampas kawasan cerah.

N 02    Tanjung Kapur
N 36    Kemabong
N 37    Sook
N.38    Nabawan
N 48    Sekong
N 35    Melalap
N 44    Karamunting
N 45    Elopura
N 46    Tanjung Papat
N 47    Kuamut
N 48    Sukau
N 49    Tungku
N 52    Sulabayan
N 57    Sri Tanjung
N 58    Merotai
N 19    Kepayan
N 20    Moyog
N 21    Kawang
N 22    Pantai Manis
N 25    Klias
N 26    Kuala Penyu
N 27    Lumadan
N 28    Sindumin
N 11    Kiulu
N 13    Inanam
N 14    Likas
N 15    Api Api
N 16    Luyang
N 18    Petagas
N 29    Kundasang
N 32    Tambunan
N 33    Bingkor .

Kesemua 33 kawasan ini adalah Pihak BN mencapai kemenangan majoriti di bawah 39% dan ada di sebahagian kawasan pula undi pembangkang dipecahkan dengan pertandingan 4 hingga 6 penjuru. Oleh itu ini memberi kelebihan kepada BN untuk mencapai kemenangan di kawasan seperti Inanam, kepayan, Luyang, Likas, Tanjung Aru dan Merotai.

Diharapkan kali ini pembangkang belajar dari kesilapan PRU 2008 kerana pemimpin pembangkang Sabah yang ingin melihat perubahan dan tukar kerajaan sekarang mestilah bertolak ansur. Jika ingin melihat dan mencontohi PR di Pulau Pinang, Selangor, Kedah, Perak dan Kelantan yang mana rakyatnya berani ubah dan mahu perubahan.

Kali ini diramalkan BN juga mempunyai peluang juga untuk mempertahankan tampuk pemeritahan mereka, jika pun PR boleh menang dengan simple majoriti ini 33 : BN 27, angin perubahan sedang bertiup kencang di bumi Sabah; hanya menunggu hari pengundian sahaja untuk membadai dengan harapan menenggelamkan Kapal BN.

INI KALI LAH!

Salam Hormat,

MOHD DANIAL ADULLAH

35 comments:

  1. No one can predict the future, this is only a speculation from the author- Mohd Danial Adullah. It does not mean it is true until the votes have been cast. Just wait and see during the GE whether the speculations will come true.

    ReplyDelete
    Replies
    1. As you clearly said, this is just a political game. So I dont think we should take it as one of the serious pieces.

      Delete
    2. Let the people to decide who they want.

      Delete
  2. Based on my speculations, BN will still win majority in Sabah since the opposition party cannot cooperate for a one on one. With a multi-cornered fights to break up the votes, it seems BN will have more advantages compared to the Opposition party who are still at each others throats till now. Just wait and see.

    ReplyDelete
  3. The concept is simple actually, without unity from the opposition party. Split votes will definitely occur. Much easier for BN to win majority in Sabah. Believe it or not, GE-13 will prove it, we should just wait for it.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. Pakatan need to think that they are not the only one opposition in this state.. they should learn from Batu Sapi election..

      Delete
  4. Rasanya ini cuma apa yang PR cuba senangkan hati parti itu semata-mata.

    ReplyDelete
  5. Selagi belum ada keputusan mengenai perkara ini selagi itulah kita tidak perlu takut. BN perlu membuktikan kepada rakyat yang mana mereka adalah parti yang terbaik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. BN memang parti yang terbaik.. yang tidak baik tu ialah peimpin2 yang tamak dan pentingkan diri sendiri..

      Delete
    2. I don't think this is true.Most of the allegations are practically wrong.

      Delete
  6. jangan yakin sangat kononnya akan ada kerajaan baru di Sabah selepas PRU13.. baru 3 pemimpin BN keluar parti, sudah buat ramalan konon Pakatan akan menang.. sedangkan SAPP keluar dari BN pun tidak ada juga petanda bahawa pembangkang akan kuat di Sabah, inikan pula 3 orang??

    ReplyDelete
  7. keluarnya 3 orang pemimpin2 BN disaat2 akhir tidak akan memberikan apa2 kelebihan kepada Pakatan.. sebabnya pendirian 3 orang pemimpin ini boleh diragui dan dipersoalkan.. kenapa hanya dekat2 PRU baru mahu bertindak? tidak dicalonkan? dijanjikan jawatan lebih besar oleh Anwar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Keluar parti memang sudah menjadi kebiasaan bila PRU makin dekat. bila pemimpin ni merasakan mereka tidak akan dicalonkan, mereka bertindak lebih dulu untuk 'selamatkan diri' mereka.

      Delete
  8. pembangkang belum lagi mencapai sepakat untuk 1 lawan 1...nanti pru13 mesti pertandingan 3 atau 4 penjuru..

    ReplyDelete
    Replies
    1. SAPP and DAP are yet to give answers on this. So let's see if the oppositions are saying true to their promises or not.

      Delete
    2. Jika mereka serius membuat kerjasama sepatutnya mereka sudah lakukan awal2 lagi. bukannya bila PRU makin dekat.

      Delete
    3. Perjuangan pepejuru akan memberi laluan kepada BN untuk terus menang sahaja.

      Delete
  9. peluang PR untuk membentuk kerajaan negeri sabah pada pru13 juga mungkin tidak akan kesampaian...ini kerana rakyat sabah lebih cenderung kepada parti tempatan berbanding dengan PR...lebih2 lagi anwar yang dari dulu lagi semasa dalam kerajaan menjanjikan pelbagai janji yang masih belum ada yang terlaksana..

    ReplyDelete
  10. Pakaran is just a waste of time.

    ReplyDelete
  11. Betulkah pembangkang sudah capai kata sepakat untuk jadikan satu lawan satu? Jeffrey mana mahu bekerjasama. Mahu berjuang sendiri2 saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kerjasama antara mereka sampai sekarang tak tercapai.

      Delete

  12. kita tgklah pada PRU nnti, adakah benar kata2 PR ni.

    ReplyDelete
  13. Jangan yakin sangat, bertanding la dulu.

    ReplyDelete
  14. Selagi belum ditanding, sukar untuk meramal fikiran rakyat.

    ReplyDelete
  15. Pembangkang saling bersaing, tidak mungkin boleh menang dan cuma akan memecahkan undian sahaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah pembangkang harus cari formula untuk bergabung atau kerjasama.

      Delete
  16. BN masih akan menang, tetapi berapakah kerusi dan boleh dicapai?

    ReplyDelete
  17. Pembangkang harus mencari jalan untuk bekerjasama dan bersaing dengan BN. Cuma konsep ini yang boleh mencapai kedudukan yang lebih baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pembangkang hanya akan memperjuangkan agenda parti masing-masing.

      Delete
  18. Biarlah rakyat sendiri yang menentukannya.

    ReplyDelete
  19. Let see whether the people of Sabah will give chance to PR to take over.

    ReplyDelete
  20. Definately BN will still win, just by different the no. of seats.

    ReplyDelete
  21. Dalam politik tiada yang mustahil. Jangan bergantung pada ramalan saja.

    ReplyDelete