Tuesday 14 August 2012

PAS SABAH MAHU DUA PENULIS ANGGOTAI PANEL RCI




Oleh :  VICTOR WS TAN

PAS Sabah menggesa kerajaan pusat sebagai memasukkan dua pengarang yang menulis secara meluas mengenai ledakan luar biasa penduduk Sabah dalam panel Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai masalah pendatang haram di negeri ini.

Mutalib M.D (kanan) dan Chong Eng Leong (kiri) telah menulis beberapa buah buku mengenai topik tersebut. Mutalib adalah anak kelahiran Kedah yang kini menetap di Sabah, manakala Chong menulis buku ketika dia menjadi pemimpin PBS. Chong kini bersama PKR.

Ketua Publisiti Pemuda PAS Sabah, Mohd Firdaus Mohammad Nor berkata dewan itu tidak gembira dengan barisan anggota RCI kerana ia kekurangan pakar mengenai isu berkenaan

"Mutalib dan Chong telah terlibat dalam menulis pendedahan mengenai isu pendatang haram di Sabah," tegas Mohd Firdaus.

Beliau berkata seorang lagi tokoh pakar yang penting kepada panel tersebut ialah Tan Sri Simon Sipaun, yang telah melakukan penyelidikan terhadap topik tersebut ketika berkhidmat sebagai naib pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam).

"Tidak ada seorang pun yang terbabit dalam siasatan tersebut yang benar-benar boleh mewakili rakyat Sabah," katanya.


26 comments:

  1. Mengenai cadangan ini rasanya satu perkara yang baik. Apa pun kita harap akan memastikan RCI ini akan berjaya menangani isu ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebarang pandangan dan penilaian rakyat pasti akan diterima dan dipertimbangkan oleh kerajaan.

      Delete
    2. Kita tunggu dan lihat siapa yang akan jadi panel nanti.

      Delete
  2. Ahli dalam RCI ini haruslan yang benar-benar boleh dipercayai dan tidak berat sebelah dan melakukan amanah sebaiknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada baiknya jika ahli panel jawatankuasa RCI dilantik di kalangan tokoh bebas yang tidak menyertai mana-mana pertubuhan politik agar kredibilitinya tidak dipertikaikan kelak.

      Delete
  3. "Mohd Firdaus Mohammad Nor berkata dewan itu tidak gembira dengan barisan anggota RCI kerana ia kekurangan pakar mengenai isu berkenaan"

    sejak bila PAS boleh mengukur tahap kepakaran seseorang yang belum pun menunjukkan kebolehan dan kepakaran mereka?? saya juga mahu sarankan supaya pemimpin2 PAS duduk diam dan jangan masuk campur dalam hal RCI kerana mereka juga kurang pakar dalam hal ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. PAS hanya tahu bising saja..PAS hanya tahu menumpang populariti PKR dan DAP..

      Delete
    2. Pas hanya tau bising dan cakap saja.. rakyat tidak akan mudah terpedaya.

      Delete
  4. kalaupun kedua2 penulis ini dilantik, pembangkang akan tetap mencari mana2 bahagian dalam RCI ini yang boleh dipertikaikan.. sejak dari cadangan sehingga la kepada pelantikan anggota panel, semua mereka pertikaikan..

    ReplyDelete
  5. "manakala Chong menulis buku ketika dia menjadi pemimpin PBS. Chong kini bersama PKR.."

    pemimpin PKR sendiri menjanjikan akan memberikan status PR kepada PATI di Sabah.. kenapa Chong tidak tulis sekali? dan kenapa PAS tidak pertikaikan janji PKR itu??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekiranya PR menang, status PR akan diberikan kepada PATI. Apa guna tu.

      Delete
  6. Walaupun mereka tidakn menjadi panel RCI, mereka masih boleh dijadikan saksi untuk siasatan ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kemungkin mereka akan dipanggil sekiranya perlu.

      Delete
  7. PAS tidak mahu ketinggalan mengomen isu RCI.

    ReplyDelete
  8. Kerajaan perlu melaksanakan RCI secepat mungkin

    ReplyDelete
  9. berharap panel untuk RCI ini akan dapat menyelesaikan masalah PATI yang dihadapi oleh Sabah

    ReplyDelete
  10. kini hanya tunggu 'green light' PM sahaja...

    ReplyDelete
  11. pretty sure this RCI will be able to tackle problems involving with project IC..

    ReplyDelete
  12. RCI sudah lama ditunggu oleh rakyat Sabah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kini RCI telah ditubuhkan, pasti rakyat gembira.

      Delete
  13. semoga RCI dapat sokongan ramai

    ReplyDelete
    Replies
    1. RCI mmg mendapat sokongan ramai dan moga ia berjalan lancar.

      Delete
  14. boleh dipertimbangkan jg memasukkan mereka sebagai panel RCi

    ReplyDelete
  15. PR dalam buku Jingga hanya akan beri status PR. Bagaimana pula Chong sesuai jadi panel RCI.

    ReplyDelete
  16. pembangkang seperti PAS tidak pun berminat untuk menyelesaikan isu PATI di sabah...bahkan PAS juga setuju untuk memberikan status penduduk tetap kepada PATI jika pakatan menang dalam pru13...

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum

    FS Mega Creative Enterprise menyediakan perkhidmatan percetakan T-Shirt dan cenderahati. Kami turut menyediakan perkhidmatan mencetak bendera parti PAS, DAP dan Keadilan (dalam bentuk gulung pun boleh) dengan harga yang amat berpatutan. Penghantaran adalah percuma.

    Untuk tempahan sila hubungi:
    FS Mega Creative Enterprise (CA01843562 – P)
    Kedai Khidmat 1
    Bangunan PERNAMA
    RKTLDM Balok Perdana
    26100 Kuantan PAHANG
    Tel: 019-9314105
    Emel: fsmegacreative@gmail.com

    ReplyDelete