Oleh: KREW SABAHKINI.NET
TUARAN : Angkatan Amanah
Merdeka (AMANAH) Kawasan Tuaran mengecam
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Tun Mahathir Mohamad yang secara tiba-tiba
muncul menyuarakan sokongan kuatnya terhadap pemberian kerakyatan kepada
bilangan warga asing di negeri ini; seolah-olah menghalang pembentukan
Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ke atas pendatang haram tanpa izin di Sabah.
Ketua Penerangan AMANAH Tuaran,
Haji Awang Puasa Jambul menyifatkan kenyataan Mahathir itu seakan-akan
mempunyai motif politik terutama sepanjang era beliau menjadi Perdana Menteri.
"Kenyataan terbuka
Mahathir ini disokong oleh penghasilan sebuah buku yang berjodol 'Projek IC: Agenda
Tersembunyi Mahathir? mengandungi banyak kebenaran yang beliaulah mendalangi
kedatangan pendatang asing yang semakin mengundang kebimbangan terhadap nasib
serta masa hadapan rakyat Negeri ini," kata Haji Awang Puasa lagi.
Beliau yang merasakan nasib
dan masa depan anak tempatan di negeri ini akan terancam dengan pengeluaran
kerakyatan kepada pendatang asing yang jesteru itu menyeru Kerajaan Malaysia
yang diketuai oleh Perdana Menteri, Datuk Najib Tun Razak agar mengambil
tindakan untuk menyiasat Mahathir atas kenyataannya itu.
Berdasarkan perangkaan tahun lalu, penduduk
negeri ini berjumlah 651,304 pada tahun 1970 dan meningkat kepada 929,299 dalam
tempoh sedekad.
Bagaimanapun, bagi tempoh
dua dekad selepas itu, populasi rakyat Negeri Sabah telah meningkat dengan
ketara daripada 1.5 juta kepada 2,468,246 orang pada tahun 2000.
Haji Awang Puasa yang percaya
tiada jalan pintas bagi orang luar untuk mendapatkan taraf kewarganegaraan di
negara ini dan orang luar perlu mematuhi peruntukan undang-undang yang telah
ditetapkan di negara ini.
Menyentuh kenyataan Mahathir
yang begitu terbuka, Haji Awang Puasa meminta bekas Perdana Menteri itu agar
memohon maaf kepada keseluruhan rakyat asal di negeri ini kerana ia boleh
mendatangkan perasaan tidak tenteram kepada mereka.
Beliau juga bersetuju dengan
beberapa pandangan yang meminta agar Mahathir tidak lagi mengeluarkan sebarang
kenyataan tentang Sabah dan membaiarkan kerajaan yang ada hari ini menjalankan
pentadbiran negara tanpa campur tangan daripada orang yang telah bersara
sepertinya.
No comments:
Post a Comment