Saturday, 11 August 2012

RAKYAT ASING KUASAI EKONOMI SABAH?


                       





Saudara Pengarang,


SURAT ini saya tulis kerana keinsafan dan kekesalan sendiri di atas bangsa dan rakyat Sabah  sendiri. Kita harus tanya pada diri sendiri, Kenapa... Kenapa... Kenapa boleh begitu?

Lihat sahajalah di sekeliling kita dari Bandaraya Kota Kinabalu hingga lah ke pekan kecil seperti Kiulu dan Pitas. Kita dikuasai oleh 'Aliens' iaitu satu panggilan untuk mereka oleh orang tempatan.

Warga Pakistan dengan perniagaan kedai Runcit, bagaikan cendawan yang tumbur dengan cepat dan banyak akibat dengan kesuburan tanah Sabah itu; bangsa Bugis dengan  pernigaan Bas Mini, Bengkel, Kedai Tayar, Kedai Dobi, Pendawaian Elektrik rumah, tukang paip; dan bangsa Filipina dengan rokok haram dan sektor pembinaan.

Persoalannya di sini, kenapakah bangsa luar ini boleh mengambil alih semua perniagaan dari orang tempatan? Jawapannya mungkin orang tempatan malas, malu, bongkak dan hanya tahu hidup senang; tidak sanggup bersusah payah; tambahan pula suka menyalahkan warga asing yang rajin berusaha ini.

Wahai rakyat sejati Sabah, Kita harus bangun sekarang. Ayuh! tinggalkan bantal busuk dan mimpi buruk. Berjuang dan bersainglah dengan mereka kerana jika terus menghela liur basi, tanah tumpah darah kamu bakal diambil alih oleh semua  'Alien' ini.

Pihak Kerajaan juga mesti tegas dalam soal ini, terutamanya dalam soal perniagaan Kedai Runcit, Bas mini, bengkel, pendawaian eletrik kerana semua ini memerlukan lesen perniagaan yang seharusnya dimiliki orang tempatan.

Persoalannya, kenapa semua 'Alien' ini boleh mendapat lesen berniaga? Jawapannya senang sahaja bah, pakai nama orang tempatan bah. Lepas itu boleh bah terus berniaga, bayar mereka duit kopi sahaja.

Oleh sebab itu pihak berkuasa tempatan dan kerajaan negeri mesti mengubal satu undang-undang yang menghalang orang luar ini mengunakan orang tempatan untuk mendapatkan lesen perniagaan itu.

Kerajaan mesti perketatkan pengeluaran lesen perniagaan seperti membuat pemeriksaan mengejut di tempat pernigaan itu, demi memastikan hanya peniaga tempatan yang sah sahaja dibenarkan menjalankan pernigaan itu.

Walaupun cadangan ini sememangnya rumit dan tidak pratikal, tetapi demi kepentingan orang tempatan dan hak-hak orang Sabah, kerajaan mesti melaksanakannya.

Jika tidak, kita tunggu sehingga kita jadi pegemis sendiri di negeri kita sendiri nanti. Ketika itu barulah kita menyesal. Bagi rakyat tempatan pula, mestilah berubah sikap, daripada sekarang. Jangan biarkan keturunan cucu cicit kita nanti menjadi pengemis di negeri sendiri.

Salam Hormat, 


MOHD DANIAL ADULLLAH

No comments:

Post a Comment