Saudara Pengarang,
SAYA, Mohd Yusri Bin Azman
Shah mewakili Ikatan Pencari Kebenaran Sabah (IKPK). Pada kali ini kami mahu
dedahkan segala aktiviti haram yang dilakukan oleh abang kepada Ketua Rangkaian
Jual Beli IC di Sabah iaitu Nasir Bin Yusof @ Latiff.
Suspek tersebut bernama Peer
Mohammad Bin Kadeer yang memegang IC Projek bernombor 600323-12-5465. Beliau
merupakan seorang ahli RELA, Bekas Presiden Kongres India Muslim Sabah (KIMMA)
dan kini Pengerusi Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM).
Sebelum bercerita mengenai
suspek ini, kami ingin memaklumkan bahawa kami telah menukar nama daripada
Kumpulan Pencari Kebenaran Sabah (KPKS) kepada Ikatan Pencari Kebenaran Sabah
(IPKS) atas cadangan orang ramai. Kami akan berusaha mendaftar pertubuhan ini
jika kes pertama yang kami perjuangkan berjaya.
Kami mendapat maklumat
bahawa pihak berkuasa telah pun menubuhkan satu badan khas untuk menyiasat
aktiviti jual beli IC di Sabah. Selepas tempoh yang kami berikan, suspek masih
bebas berada di Sabah selain dilindungi oleh badan-badan NGO. Namun, kami telah
bertindak membuat beberapa usaha yang kami jangkakan akan berjaya selewat-lewatnya
sebelum PRU 13.
Kami harap usaha kali ini
tidak akan menghampakan. Berbalik topik kami hari ini, suspek di atas telah
menubuhkan sebuah badan NGO yang kami rasakan tidak berdaftar. Kami persoalkan
siapa ahli dia? Berapa ramai ahli? Pejabat berdaftar di mana?, Adakah mengadakan
mesyuarat? Adakah menghantar laporan kepada Pendaftar Pertubuhan? Dan apakah
aktiviti mereka?
Sejak akhir-akhir ini, kami
dimaklumkan menerusi e-mail, di Sabah times, Borneo Post, mamak haram ini
sering muncul. Namun, kami gagal mendapatkan keratan akhbar tersebut. Sesiapa
yang kebetulan ada artikel tersebut, sila hantarkan kepada kami atau pihak Sabahkini.net.
Kami mendapat tahu bahawa suspek ini menyebarkan ajaran sesat yang kononnya
dinamakan ajaran Wahabi yang dibawa daripada selatan India.
Ajaran sesat ini kononnya
tidak mengiktiraf Nabi Muhammad sebagai Rasul Allah, sebaliknya mengagungkan
Saidina Ali. Ajaran ini tidak perlu sembahyang dan konsep ajaran sungguh sesat
sekali. Ajaran ini mengharapkan semua jenis cukai, zakat dan duti termasuk
cukai pintu, cukai jalan, cukai perseorangan, cukai perniagaan, duti import dan
duti kastam, zakat fitrah dan zakat harta. Hairan dan terkejut, itulah yang
berlaku kepada kami asalnya.
Ajaran ini mewajibkan bayaran
cukai kepada Tuhan. Peer dikatakan akan memungut semua bayaran tersebut dan
berpura-pura seperti dihantar ke selatan India. Ramai pengikut beliau berada di
Tuaran dan Ranau. Kami tidak mengetahui kebenaran cerita ini, namun ada baiknya
Peer disiasat mengenai hal ini.
Kami juga menerima e-mail
seperti di bawah ini. Kami telah mengedit semua artikel tersebut dan ditambah
fakta yang kami perolehi sebelum ini.
Suspek, Ahli RELA sering
mengugut orang ramai terutama PATI dan majikan yang mengaji Pendatang Asing Tanpa
Izin (PATI), penjual rokok haram dan barang-barang haram lain, pelacur dan
pondan, kereta sapu dan pemilik kelab malam, pemilik rumah dan kedai yang
disewakan kepada PATI, pembekal dan penjual DVD cetak rompak, penjual dadah dan
sebagainya. Semua jenayah di sekitar Pasar Filipina Kota Kinabalu, Sinsuran, Kampung
Air, Api Api, Segama, Asia City, Gaya Street, Sembulan, Bandaran Berjaya, Pekan
Inanam, Pekan Donggongan termasuk di Pulau Gaya adalah dilindungi oleh
Sukarelawan Peer.
Selain suspek mendapat
bayaran harian, difahamkan suspek mendapat bayaran bulanan daripada ramai
majikan terutama India, Indonesia dan Filipina untuk melindungi Pekerja PATI
mereka. Setiap kali operasi, suspek akan memaklumkan kepada mereka supaya
pekerja mereka disembunyikan segera.
Suspek yang sudah terkenal
kerana selalu memberi belanja kepada Polis dan Imigresen mempunyai rakan kongsi
untuk membekal rahsia agar Peer dapat terus melindungi penjenayah di samping
pendapatannya. Jika ada majikan yang enggan membayar kepada suspek, Peer akan
menghantar para pegawai untuk menangkap pekerja mereka termasuk barang haram
seperti rokok dan sebagainya.
Kemudian suspek akan
membantu majikan tersebut untuk mengeluarkan mereka di samping mengenakan
bayaran tertentu dan kemudian meminta mereka membuat bayaran. Program 6P atau
di Sabah 5P melihatkan banyak operasi dilakukan oleh pihak berkuasa, namun
semuanya gagal kerana ada makhluk seperti ini yang berkuasa.
Tidak ada majikan yang
berani membuat aduan kepada pihak berkuasa kerana rata-rata majikan memerlukan
orang seperti Peer lebih-lebih lagi masa ini di mana sumber pekerja agak susah
untuk dicari. Kerajaan rugi berjuta-juta ringgit kerana semua usaha kerajaan
seperti Program 6P di samping usaha untuk mengurangkan kadar jenayah kurang
berjaya kerana adanya orang seperti ini yang melindungi serta memelihara
mereka.
Suspek ini juga pernah
mengaku melalui artikel 'Adik-Adik Saya Memang Penjenayah?' Bahawa dia terima
rasuah. Namun, sehingga kini pihak berwajib masih belum mengambil sebarang
tindakan susulan terhadap mereka. Jelas sekali manusia seperti ini sudah tidak
berguna kepada negara kita sama sekali.
Begitulah hebatnya suspek
Peer, abang sulung kepada Nasir @ Latiff yang menjadi sasaran perjuangan kami.
Adik kepada Nasir @ Latiff pula, mempunyai banyak rekod jenayah. Memang keluarga
penjenayah agaknya.
Kami berharap, sempena bulan
berkat ini, mereka akan insaf dan menyahut seruan kami, pulangkan IC dan kembalilah
ke negara kamu. Kamu berdepan risiko besar kerana badan khas ditubuhkan untuk
menyiasat kamu akan diluluskan segera. Ambillah peluang beraya di India.
Suspek tidak pandai membaca
dan menulis tidak harus menjadi Ahli RELA dan Pengerusi mana mana pertubuhan. Saya
harap pembaca teruskan memboikot suspek selain meningkatkan tekanan kepada
mereka dengan terus menghubungi mereka iaitu Peer-016-8360786 dan Nasir@ Latiff
-016-8329789.
Salam Hormat,
MOHD YUSRI BIN AZMAN SHAH
Pelaksanaan RCI sepatutnya sudah dibuat sekarang untuk menyiasat kes2 macam ni.
ReplyDeleteterma rujukan RCI dikabarkan akan diumumkan dalam masa terdekat.
DeleteIPKS, teruskan lagi membuat pendedahan.
ReplyDeleteJika ada bukti.. buat laporan lah.. Tidak perlu di jadikan isu besar.
ReplyDeleteSick of PATI issue. They such a nuisance in Sabah.
ReplyDeleteSabah will be a better place if the numbers of PATI is controlled.
ReplyDelete