Thursday, 2 August 2012

UPKO DIAMBANG KEHANCURAN?





Oleh : DUSUN BUKIT

DESAS-DESUS terbaru dari kedai kopi sekitar bandaraya Kota Kinabalu dipanaskan dengan cerita kononnya UPKO akan meninggalkan BN untuk menyertai PR ekoran daripada tindakan Timbalan Presidennya, Datuk Wilfred Mojilip Bumburing dalam satu majlis di Tuaran baru-baru ini. 

Cerita ini dipanaskan lagi apabila Bumburing dalam ucapannya tiada menyebut beliau keluar meninggalkan UPKO, cuma menyatakan halatuju politiknya akan bersama PKR-PR. Ini bermakna, Bumburing hanya keluar BN tetapi kekal sebagai ahli UPKO.

Desas-desus ini selanjutnya mengatakan bahawa sebenarnya telah berlaku perpecahan dalam UPKO itu sendiri. Pecahan pertama ialah UPKO-PRO-BN yang diketuai oleh Tan Sri Bernard Dompok, manakala kumpulan kedua ialah UPKO-ANTI-UMNO yang juga terbahagi kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama UPKO-ANTI-UMNO-PRO-PR diketuai oleh Bumburing, dan UPKO-ANTI-UMNO-PRO-HAK SABAH diketuai oleh Datuk Wences Angang.

Bumburing dikatakan akan membawa sebahagian besar pemimpin dan penyokongnya, terutama dari luar kawasan UPKO sebab ini saja cara bagi mereka untuk berpeluang dicalonkan dalam PRU13 nanti.

Desas-desus ini diperkuatkan lagi dengan kemungkinan mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi UPKO yang dijadual akan diadakan pada 24 Ogos 2012 ini akan memberikan ultimatum kepada Presiden parti untuk keluar meninggalkan BN, yang menurut mereka telah dibolot kuasa oleh UMNO, atau berhadapan dengan kemungkinan mass exodus..

Sekiranya ada kebenaran dari desas-desus ini, persoalan utamanya ialah ke manakah halatuju politik KDM dalam UPKO selepas ini?

15 comments:

  1. Bumburing menjelaskan tindakan beliau meletakkan jawatan dalam UPKO bukan disebabkan berlaku perpecahan dalam parti tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bumburing keluar parti kerana itu sudah jadi pilihan beliau..jadi terpulang lah kepada beliau..tidak memberi kesan juga kepada BN.

      Delete
  2. Samada UPKO akan meninggalkan BN atau Bumburing akan meninggalkan BN, tunggu saja perkembangannya.

    ReplyDelete
  3. ianya hanya desas-desus...

    ReplyDelete
  4. kita tunggu dan lihat sajalah perkembangan UPKO...

    ReplyDelete
  5. perpaduan dalam parti adalah penting jika inginkan sokongan penuh dari rakyat

    ReplyDelete
  6. semoga BN akan tetap menjadi pilihan ramai dalam PRU13 nanti

    ReplyDelete
  7. belum tentu benar mungkin hanya spekulasi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini hnya khabar angin dan belum tentu benar.

      Delete
    2. Isu ini semakin panas. tidak tahu khabar angin atau betul..

      Delete
  8. jika benar ada perpecahan dalam UPKO, biarlah ketuanya yang menentukan nasib parti ini samada terus bersama BN atau sebaliknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya UPKO akan terus bersama BN walaupun ada yang akan keluar UPKO.

      Delete
  9. biarlah rakyat yang menentukan parti manakah akan menjadi pilihan untuk memimpin Sabah

    ReplyDelete
  10. United Pasokmomogun Kadazandusun Murut Organisation (Upko) president Tan Sri Bernard Dompok has shrugged off rumours that the party is contemplating pulling out of the Barisan Nasional (BN) coalition.

    ReplyDelete
  11. Dompok said: “Well, it is a resignation, talk (about Bumburing’s resignation) have been going on for almost a year and I think people have got quite used to it and when it came, I do not think anybody was surprised”.

    ReplyDelete