Google
Hangout #BorakAnwar boleh didapati di http://youtu.be/1wmUB_m1DwE
Oleh : JAHABAR SADIQ
KUALA LUMPUR : Datuk Seri
Anwar Ibrahim akan menjadi ahli politik Malaysia yang pertama menjadi tuan
rumah kepada Google Hangout, meluaskan pengaruh beliau dengan menggunakan media
sosial, kepada golongan belia 'celik teknologi' yang membentuk satu perempat
daripada pengundi di Malaysia.
Program “Borak Bersama
Anwar” chat secara langsung di YouTube ditetapkan 10.30 malam waktu tempatan
pada 17 Ogos, dua hari sebelum Malaysia meraikan Hari Raya Aidilfitri yang
datang selepas berpuasa sebulan.
Halaman Facebook dan Google
+ sudah mula membuat publisiti mengenai acara ini dilihat sebagai selangkah
kehadapan meninggalkan Barisan Nasional (BN) dalam aktiviti di ruang siber.
“Ahli-ahli politik telah
menerokai ruang siber secara besar-besaran sebelum pilihan raya akan datang dan
Anwar berada di barisan hadapan. Program Google Hangout beliau adalah yang
pertama di negara ini,” kata seorang sumber kepada The Malaysian Insider.
Presiden Amerika Syarikat,
Barack Obama telah menjadi tuan rumah bagi Google Hangout pada Januari lepas
sebagai sebahagian daripada kempen pilihan rayanya. Forum itu, dilakukan dalam
bentuk sambungan video dan soalan video YouTube.
Halaman Facebook dan Google
+ menerangkan program “Borak Bersama Anwar” sebagai acara Google Hangout dengan
pemimpin “de facto” PKR merangkap ketua pembangkang yang akan disiarkan secara
langsung melalui Youtube.
“Kami menggalakkan orang
ramai untuk menghantar soalan video mereka melalui Youtube dan berkongsi pautan
pada Facebook atau laman acara Google Plus. Kami juga akan menyemak nota dan
soalan-soalan anda untuk menentukan
topik kami untuk malam itu.
“Jika kami mendapati
soalan-soalan anda menarik, anda akan dijemput untuk menjadi salah seorang
panel kami dan akan bersama disiarkan secara langsung. Terima kasih, dan kami
berharap untuk bertemu anda di program Borak Bersama Anwar,” kata satu
kenyataan yang disiarkan di kedua-dua halaman.
Laman Facebook adalah di
sini manakala halaman Google + pula adalah di sini dengan #BorakAnwar sebagai
hashtag rasmi laman Twitter.
Sumber dari PKR memberitahu,
Anwar akan mengumumkan program Google Hangout dalam sidang akhbar Khamis ini,
di mana beliau dijadual untuk bercakap tentang logo Merdeka Pakatan Rakyat (PR)
dan tema kemerdekaan.
LIKE....Anwar
Ibrahim: Mempunyai 379,612 tanda suka di Facebook dan 179,830 pengikut di laman
Twitter, berbandingkan PM Najib, yang mempunyai 1,135,529 tanda suka di
Facebook dan 801,833 pengikut di Twitter.
The Malaysian Insider juga
difahamkan, PKR merancang untuk membeli pengiklanan dalam internet untuk acara
tersebut, satu langkah kedepan dalam pengiklanan politik di negara ini, dengan
peningkatan penggunaan orang muda dalam ruang siber untuk mencari berita dan
mengisi masa lapang dengan menonton di Youtube dan Vimeo.
Tapak YouTube Malaysia telah
dilancarkan pada awal tahun ini dan dilawat sebanyak 2 juta sehari dengan
pengguna menghabiskan purata 30 minit satu sesi, menghampiri hampir dua juta
penonton yang menonton program yang paling popular di Malaysia pada waktu prima
iaitu Buletin Utama TV3 pada setiap lapan malam.
Usaha Putrajaya untuk
liputan internet yang lebih menyebabkan kadar penembusan bagi isi rumah
meningkat kepada 62.9 peratus pada yang pertama suku tahun ini daripada 62.3
peratus pada tahun 2011, kata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
(SKMM) bulan lepas. Malaysia mempunyai kira-kira 6.69 juta isi rumah.
Pakatan pembangkang PR
sentiasa dilihat sebagai mempunyai kelebihan dalam ruang siber berbanding BN
tetapi dalam beberapa bulan kebelakangan ini, gabungan pemerintah telah
berkembang kehadiran portal berita pro BN dan peningkatan penyokong mereka
dalam laman Twitter.
Walaupun kehadiran yang
meningkat di internet, kempen pro-BN dipanggil “Saya Pilih Malaysia” telah
menguasai gelombang udara dan ruang iklan perdana di stesen televisyen milik
kerajaan dan swasta, serta surat khabar yang dikawal oleh Umno dan MCA. Kempen
ini memetik kata-kata pengarah eksekutif syarikat berkait kerajaan dan penulis
blog pro kerajaan.
Anwar yang tidak diberikan
peluang di media arus perdana telah menggunakan Internet untuk menyampaikan
mesej akan tetapi, kehadirannya dalam talian Internet masih lagi kurang
berbanding pesaing beliau, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Semakan di laman pemantauan
media sosial www.socialbakers.com pagi ini menunjukkan Najib mempunyai
1,135,529 tanda suka di Facebook dan 801,833 pengikut di laman Twitter
berbanding Anwar yang mempunyai 379,612 tanda suka di Facebook dan 179,830
pengikut Twitter.
Pengikut-pengikutnya
berharap acara di Google Hangout akan mengembangkan pengikut Anwar di kedua-dua
laman Facebook dan Twitter.
“Kita perlu mendekati
golongan muda kerana terdapat kira-kira tiga juta pengundi pertama dari 12 juta
pengundi berdaftar,” kata seorang pegawai PKR kepada The Malaysian Insider,
sambil menambah “Google Hangout hanya salah satu daripada cara kita akan gunakan
untuk mendapatkan untuk lebih mengenali orang-orang yang menghabiskan banyak
masa di dalam siber”. (TMI)
No comments:
Post a Comment