Thursday, 16 August 2012

ANWAR SEDIA BANTU SIASATAN RCI SABAH




Oleh : AHMAD FADLI KC

KETUA Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak tuduhan beliau pernah menentang pembentukan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat masalah pendatang asing di Sabah pada tahun 1994.

Anwar menyifatkan ia tidak berasas dan dilemparkan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek yang bertindak sebagai "alat rendah dan murah Umno untuk menyerang Pakatan Rakyat".

"Kita tidak boleh pandang berat sangat tuduhan ini. Chua Soi Lek ini hanya alat rendah Umno apabila pimpinan Umno tak bersedia menyerang PAS atau DAP," kata Anwar.

Penubuhan RCI diumumkan perdana menteri 11 Ogos lalu bagi menyiasat masalah pemberian kewarganegaraan kepada warga asing di Sabah.

Ia telah lama dituntut Pakatan yang mahu 'Projek IC' dakwaan pemberian kewarganegaraan tidak sah tetapi sistematik bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad, disiasat secara teliti.

Ia didakwa digerakkan untuk mengubah demografi kaum dan agama bagi mengukuhkan sokongan terhadap BN di Sabah,  tuduhan yang dinafikan Mahathir.

Menurut Anwar, penubuhan RCI akan membuktikan beliau tidak pernah terlibat dalam pendaftaran kewarganegaraan sewaktu berkhidmat sebagai Timbalan Perdana Menteri.

"Anda boleh sahkan fakta bahawa saya tidak pernah terlibat dalam dalam kes pendaftaran kewarganegaraan, di Semenanjung dan Sabah dan Sarawak," katanya tegas.

'Tuduhan Freemason dibuat demi dana'

Malah, beliau turut mencabar tuduhan itu disiasat secara terbuka dan beliau sendiri sedia memberi kerjasama penuh membantu siasatan.

"Sepanjang kuasa saya selaku Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, tugas ini tidak pernah diserah kepada saya dan saya tidak pernah dibawa ke dalam mesyuarat melibatkan keputusan ini.

"Saya hanya faham ini di bawah Majlis Keselamatan Negara dan di bawah unit khas di bawah Perdana Menteri," kata Anwar selepas solat terawih di kediaman Menteri Besar Selangor malam tadi.

Mengulas tuduhan kumpulan pendesak PERKASA bahawa beliau ahli Freemason, Anwar menyifatkan ia sengaja dibuat ketuanya, Datuk Ibrahim Ali bagi mendapatkan dana pilihan raya.

"Dia ini dua beradik dengan Chua Soi Lek daripada cara dia bercakap. Saya biar dulu dia pukul gendang, maklumlah keperluan dana pilihan raya.

"Kalau nyata tohmahan itu fitnah, sebagai seorang Muslim, hentikan fitnah jahat ini dan ikut jalan lebih lurus," kata Anwar.

19 comments:

  1. Sebenarnya Anwar dalam ketakutan sekarang ini mengenai RCI.

    ReplyDelete
    Replies
    1. anwar dan mahathir...dan juga PATI yang ada IC melalui projek IC..

      Delete
  2. Kalau kita lihat pun mengenai Projek IC ini berlaku semasa Anwar masih menjadi TPM Malaysia juga dulu. Maka tidak mustahil beliau pun terlibat dalam hal ini. Apa pun kita tunggu saja siasatan mengenai perkara ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anwar ada agenda tersendiri dengan memberi status PR kepada PATI di Sabah.

      Delete
    2. sekarang anwar mahu bagi status penduduk tetap kepada pendatang asing...

      Delete
    3. Anwar akan cakap apa saja..agar rakyat percaya dengan beliau.

      Delete
  3. Jangan percaya sangat Anwar tu, semua tu hanya lakonan semata-mata.

    ReplyDelete
  4. Datuk Chua Soi Lek claimed that Anwar Ibrahim did rejected the RCI raised by Datuk Pairin Kitingan in 1994. I think Anwar Ibrahim should clear the air on his actions that time, why did he rejected the RCI? Could it be that he has something to hide?

    ReplyDelete
  5. I think the RCI panel should investigate Anwar Ibrahim as one of the suspects, it is possible he is also involved in the Project M during Dr M's term as Prime Minister since he was the DPM that time. No harm in investigating if Anwar Ibrahim is not guilty.

    ReplyDelete
  6. Lebih baik serahkan saja pada RCI.

    ReplyDelete
  7. Uiseymen, baguslah kalau niat tu ikhlas:P

    ReplyDelete
  8. Cuma terlalu banyak c/tangan pun k/kala susah juga. Takut lain pula kejadiannya kan:P

    ReplyDelete
  9. inilah pemimpin yang paling liat mengaku kesalahan.. jangan harap dia akan mengaku sekalipun tuduhan itu disertakan dengan bukti2 kukuh..

    ReplyDelete
  10. masa perbicaraan kes liwat beliau, kenapa Anwar tidak bagi kerjasama?

    ReplyDelete
  11. seperkara lagi yang membuatkan penafian beliau boleh dipertikaikan ialah, kenapa beliau tidak saman Chua Soi Lek?? bukankah Anwar paling suka bab saman menyaman??

    ReplyDelete
  12. Bantu dari segi apa? Jika Anwar benar2 terlibat, beranikah Anwar mengaku semuanya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapa mau mengaku, Anwar tidak akan mengaku.. sanggup cakap apa saja untuk tarik undi.

      Delete
  13. jika Anwar disiasat kerana terlibat dalam projek IC, adakah Anwar akan memberi kerjasama?

    ReplyDelete