BINCANG….Kelihatan Masiung sedang membincangkan sesuatu
kepada Pengurus Asrama berkenaan.
Oleh
: SHAIMON S JUMADI Foto :
ISWADIMAN SHAMSUDDIN
AHLI
Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut, Masiung Banah meminta Kementerian
Pelajaran Malaysia melalui Pejabat Pelajaran Negeri Sabah supaya meneliti
keperluan pertambahan bilik asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Penangah.
Katanya
lagi, kerana situasi pertambahan pelajar dari kawasan Pedalaman khususnya dalam
DUN Kuamut itu sendiri menyebabkan bilik asrama yang sedia ada tidak mencukupi.
“Sebab
itu kita membuat lawatan kerja ke sini, kita mendapati bahawa memang ada
keperluan mendesak kepada kerajaan untuk mengambil perhatian seterusnya membina
lagi sebuah bangunan baru khusus untuk para pelajar sekolah yang tinggal di
asrama. Keperluan tersebut mendesak ekoran pertambahan pelajar memasuki asrama
saban tahun,” kata Masiung kepada Media sejurus selepas lawatan kerjanya ke
kawasan DUN Kuamut, kelmarin.
Seperti
yang dilihat hari ini tambah Masiung, mengikut ukuran dalam satu bilik ini
hanya boleh memuatkan 8 orang pelajar sahaja, tetapi apa yang saya difahamkan
kini pengurusan asrama terpaksa menempatkan lebih 12 pelajar tinggal dalam satu
bilik kerana mengambil kira rayuan daripada pelajar itu sendiri dan ibu
bapa yang mahukan supaya anak-anak
mereka tinggal di asrama ini; berpunca faktor tempat tinggal yang terlalu jauh
dari kampung mereka.
Jelas
Masiung keadaan dan desakan itu berlaku ini ekoran kedudukan kampung pelajar kebanyakannya datang terlalu jauh dan
para ibu bapa memang tidak sanggup menghantar anak-anak mereka pergi kesekolah.
"Disebabkan
pada masa kini pihak pengurusan sekolah difahamkan terpaksa menolak banyak
permohonan pelajar yang ingin tinggal di asrama berkenaan ekoran kepadatan
pelajar yang berlaku buat masa ini di asrama sekolah tersebut,” tambah Masiung
lagi.
“Saya
percaya dengan keprihatinan kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran akan
mengambil kira perkara utama dan mendesak kepada pihak kerajaan agar permohonan
membina sebuah bangunan asrama bagi menambah kepasiti tempat sedia ada dapat
diberi perhatian khususnya disegerakan pelaksanaannya,” katanya.
MENYEDIHKAN….Beginilah keadaan dalam bilik Asrama SMK
Penangah berserabut saban hari.
Dalam
perkembangan yang berkaitan kata Masiung Pejabat Pelajaran Daerah Telupid juga
diminta segera agar dapat mengganti dan menyediakan keperluan bilik seperti
katil, tilam dan almari di asrama tersebut di mana kebanyakannya sudah reput
dan usang yang memang tidak boleh digunakan lagi.
“Kita
memang amat sedih senario yang menimpa kepada para pelajar terbabit kerana
mereka seperti ikan sardin dalam tin. Hari ini kita telah melihat
pelajar-pelajar hanya tidur di lantai dan saya percaya pihak kementerian telah
mengenal pasti masalah yang dihadapi mereka, namun yang penting sekali adalah
pelaksanaan dapat dibuat tanpa adanya timbul dan melibatkan pelbagai birokrasi
sehingga penangguhan semua rancangan kerajaan” tegasnya.
No comments:
Post a Comment