KENANGAN....Eric (tiga kiri), Stephan (kiri) bersama AJK
masjid kampung Ongkilan merakam gambar kenangan pada majlis itu.
KOTA
MARUDU : Parti Maju Sabah (SAPP) telah mengadakan majlis berbuka puasa bersama
penduduk Kampung Ongkilan di Tandek dekat sini. Majlis itu telah diadakan di
masjid Kampung Ongkilan yang turut dihadiri rombongan pemimpin SAPP dari
Jawatankuasa Perhubungan Kawasan (CLC) Tandek.
Rombongan
SAPP itu diketuai oleh Timbalan Presiden SAPP merangkap Ahli Parlimen Sepanggar
Datuk Eric Majimbun, selaku Pengerusi CLC Tandek turut menyalurkan sumbangan
ikhlas SAPP kepada masjid Kampung Ongkilan.
Imam
masjid, Pangeran Bidin Pangeran Hidup, selaku wakil ahli jawatankuasa masjid
merasa amat terharu dengan lawatan SAPP itu serta berterima kasih di atas sumbangan
dan keprihatinan parti itu.
Pangeran
Bidin menjelaskan bahawa masjid tersebut belum pernah dilawat sama ada oleh
pemimpin dari pihak kerajaaan atau pembangkang.
“Parti
SAPP adalah parti politik yang pertama melawat masjid ini,” kata Pangeran
Bidin.
Sementara
itu, Roslan Mohd Zain selaku Ahli Jawatankuasa CLC Tandek menyatakan bahawa
aktiviti majlis berbuka puasa seperti itu telah menjadi budaya dalam parti
SAPP.
“Selaras
dengan perlembangaan parti yang berbilang kaum perkara ini telah menjadi
kelaziman,” katanya.
Turut
hadir Penolong Setiausaha Penganjur SAPP Stephan Gaimin dan Setiausaha Kerja
Parlimen Sepanggar, Etor Masambal.
wajib ka pemimpin2 politik melawat semua masjid di Sabah? sudikah jika saya minta SAPP melawat semua masjid2 di Sabah sebagai bukti kesungguhan mereka sebagai parti yang berbilang kaum?
ReplyDeletesamada betul atau tidak bahawa pemimpin2 BN tidak pernah melawat masjid itu, bagaimana pula dengan pembinaan masjid itu? siapa yang bina? SAPP?
ReplyDeletePeruntukan masjid dapat dari mana?
Deleteyang penting masjid tu sentiasa dihadiri oleh penduduk2 di sana untuk menunaikan sembahyang.
DeleteDisebabkan PRU13 hampir tiba, SAPP pun boleh sampai di sana.
ReplyDeletesekadar untuk dapat publisiti saja tu. kalau bukan PRU tidaklah sampai ke sana.
DeleteMungkin kesibukan yang berlaku terhadap wakil rakyat menyebabkan tidak dapat bersama dengan rakyat. Tapi sebaiknya kepentingan rakyat tidak dilupakan.
ReplyDeleteI'm sure there are many issues needed the People Representatives attention, maybe they are too busy to take time to visit the mosque.
Deletesekarang baru SAPP rajim melawat, dulu tak mcm tu.
ReplyDeleteThey need to do this to promote their party when nearing the next GE.
DeleteSomeone have to be first, good for SAPP.
ReplyDelete