EKSKLUSIF.....Penyiasat
persendirian P Balasubramaniam muncul daripada persembunyian dan membuat satu
lagi pendedahan yang menggemparkan bahawa terdapat percubaan kedua untuk
merasuahnya ketika dia berada di India, kali ini untuk memburuk-burukkan Ketua
Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Oleh : HAZLAN ZAKARIA &
SALHAN K AHMAD
BERCAKAP kepada Malaysiakini
dalam temubual di Kuala Lumpur bulan lepas, Balasubramaniam mendakwa dia
didatangi kira-kira seminggu sebelum pilihan raya Sarawak pada April tahun lepas.
"Anda tahu semua ini,
mereka sudah mendapat 'berita baik' dari Perth dan mereka memerlukan lagi
'berita baik' dari India," kata Balasubramaniam, tetapi enggan mengulas
lanjut.
Pada masa itu, jentera
kempen kedua-dua belah parti politik mencapai kemuncaknya dan apa sahaja
digunakan untuk menarik pengundi dalam pilihan raya negeri yang penting itu.
Ia juga sekitar masa
temubual Raja Petra Kamaruddin dengan TV3, yang dibuat semasa lawatan
kontroversi penulis blog itu ke Australia, disiarkan.
Dalam temubual itu yang
turut disiarkan oleh stesen TV arus perdana, Raja Petra menafikan akuan
bersumpah (SD) yang menghubungkan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah
Mansor dengan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.
Raja Petra, yang hidup dalam
buangan di United Kingdom, menyebut bahawa SD itu berdasarkan maklumat
'disemai' oleh pemimpin PKR yang terdesak untuk menghalang Najib, yang ketika
itu Timbalan Perdana Menteri, menggantikan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. (MKINI)
No comments:
Post a Comment