Oleh : HAFIZ YATIM
PIHAK pendakwa telah menarik
balik rayuannya berhubung saman terhadap bekas Pengarah Jabatan Siasatan
Jenayah Perdagangan, Datuk Ramli Yusuff di Mahkamah Rayuan baru-baru ini.
Berikutan ini, kerajaan
telah bersetuju untuk membayar ganjaran dan pencen Ramli, berjumlah RM730,000
yang telah ditahan selepas beliau digantung perkhidmatan tiga bulan sebelum
dijadualkan bersara pada penghujung tahun 2007.
Ramli memberitahu
Malaysiakini bahawa beliau telah menerima sepucuk surat bertarikh 12 Julai yang
memaklumkan bahawa pendakwa telah menarik balik rayuannya.
"Ini adalah yang terakhir
daripada lima pertuduhan yang saya telah disalah dituduh sejak 2007,"
katanya.
"Saya telah bernazar
untuk menggunakan semua wang ganjaran itu untuk membantu membina sebuah masjid
di kampung saya di Kampung Bunut Susu, Pasir Mas. Saya telah membuat nazar itu
sejak didakwa kerana saya mahu nama saya dibersihkan," kata bekas pegawai
tinggi polis itu.
Awal hari ini, SPRM menarik
balik rayuan terhadap pembebasan peguam Rosli Dahlan di Mahkamah Tinggi Kuala
Lumpur. (MKINI)
No comments:
Post a Comment