PUSAT
Kewartawanan Bebas (CIJ) Malaysia akan melancarkan hari cegah siar internet
Selasa depan dalam kempen menentang pengenalan 114A, Akta Keterangan yang
dikatakan akan mengongkong kebebasan Internet.
Ia
bertujuan untuk mewujudkan kesedaran di kalangan pengguna Internet mengenai
impak negatif pindaan tersebut terhadap kebebasan bersuara di talian.
Pegawai
Eksekutif CIJ, Masjaliza Hamzah, dalam satu kenyataan berkata, matlamatnya
adalah untuk warga internet mendesak kerajaan menarik balik pindaan yang
diluluskan secara tergesa-gesa bersama dengan beberapa undang-undang lain,
dalam sidang Parlimen April lalu dan diwartakan pada 31 Julai.
"Pindaan
ini telah menimbulkan kebimbangan banyak pihak seperti peguam, aktivis dan
perniagaan berasaskan Internet. Di bawah seksyen itu, seseorang pengguna
internet dianggap penerbit mana-mana kandungan dalam talian, melainkan ia
dibuktikan sebaliknya.
"Ia
juga menjadikan individu dan mereka yang mentadbir, mengendali atau menyediakan
ruang untuk forum komuniti dalam talian, blog dan hos perkhidmatan,
bertanggungjawab ke atas kandungan yang disiarkan.
"Anggapan
bersalah ini bertentangan dengan prinsip asas keadilan, iaitu tidak bersalah
sehingga dibuktikan bersalah dan membebankan seseorang yang mungkin tidak
mempunyai sumber untuk mempertahankan dirinya di mahkamah," katanya.
Jangkauan
luas pindaan tersebut, katanya, akan memberi kesan kepada semua pengguna
internet, lamanweb yang menyediakan ruang untuk komen dalam talian, dan
mana-mana premis perniagaan yang menyediakan Wi-Fi percuma kepada pelanggan
mereka.
Seksyen
baru ini telah digubal walaupun pada hakikatnya undang-undang yang sedia ada termasuk
Akta Jenayah Komputer 1997, Akta Hasutan 1948, Akta Fitnah 1957, dan Seksyen
233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 telah digunakan untuk menangkap dan
mendakwa mereka yang dituduh melakukan fitnah, penipuan dan hasutan melalui
talian.
Ia
telah dilaporkan oleh peguam hak asasi manusia Edmund Bon bahawa pindaan
Seksyen 114A tidak perlu kerana polis boleh mendapatkan bukti dengan cara lain,
dan tidak mempertanggungjawabnya terhadap pengendali perkhidmatan itu.
Ahli
Parlimen Pakatan Rakyat telah menggesa supaya seksyen itu dibatalkan kerana ia
mengongkong media Internet.
No comments:
Post a Comment