KOTA BHARU- Seorang wanita
dipercayai dirogol bergilir-gilir lima lelaki di sebuah rumah kosong di Tanjung
Mas di sini selepas didatangi dua individu tidak dikenali menyamar sebagai
anggota pencegah maksiat, Ahad lalu.
Ketua Jabatan Siasatan
Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Lai Yong Heng berkata, sebelum kejadian,
dipercayai mangsa keluar berjumpa dengan teman lelakinya jam 2 pagi di bawah
Jambatan Tanjung Mas.
Lai berkata, semasa pasangan
terbabit sedang berbual, tiba-tiba terdapat dua lelaki tidak dikenali
menghampiri pasangan itu dan menyamar sebagai anggota pencegah maksiat.
“Dua suspek ini memberitahu
mereka dari jabatan kerajaan sambil menunjukkan kad. Salah seorang suspek
tersebut memberitahu mahu membawa mangsa dan teman lelakinya ke balai polis dan
jabatan pencegah maksiat.
“Tetapi mangsa ada bagi tahu
kepada dua suspek ini, mereka (pasangan terbabit) hanya berbual dan tidak
melakukan apa-apa,” katanya, semalam.
Lai berkata, dua suspek itu
kemudian berunding untuk melepaskan pasangan tersebut tetapi dengan syarat dua
suspek itu menghantar mangsa pulang, manakala teman lelakinya perlu balik
sendiri.
“Oleh sebab percaya dua
lelaki ini merupakan pegawai pejabat agama, teman lelaki mangsa terus balik ke
rumah seperti diarahkan manakala mangsa akan dibawa ke balai polis.
“Kemudian mangsa dibawa naik
motosikal suspek dan dibawa ke sebuah rumah kosong dan dirogol bergilir-gilir,”
katanya. (Sinar)
No comments:
Post a Comment