KUALA LUMPUR : Akhbar milik
Umno, Utusan Malaysia dilihat sengaja menimbulkan konflik apabila mencadangkan
konspirasi bagi membuktikan kenyataan kontroversi Tun Dr Mahathir Mohamad
bahawa rakyat Malaysia berbilang kaum semakin rasis dengan pilihan raya semakin
hampir, kata Lim Kit Siang, kelmarin.
Wakil rakyat pembangkang itu
menuntut Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Najib Razak bertindak terhadap akhbar
arus perdana tersebut apabila akhbar itu mengeluarkan artikel “Haram sokong
DAP”.
“Ada konspirasi untuk
membuktikan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad itu betul dengan bekas PM itu
pada Jun menjangkakan pilihan raya umum akan memberikan keutamaan terhadap kaum
kerana ‘Malaysia semakin rasis’,” kata Lim dalam kenyataannya.
Dr Mahathir yang merupakan
PM keempat dan yang paling lama berkhidmat telah mengeluarkan kenyataan
kontroversi ketika forum di sini pada 28 Jun pilihan raya umum ke-13 akan menjurus semakin
perkauman kerana rakyat Malaysia semakin bersifar perkauman.
“Mereka mahu dikenali
berasaskan kaum mereka, walaupun mereka putus hubungan dengan negara ataupun
asal usul,” kata Dr Mahathir ketika forum berkenaan politik dan perniagaan,
sambil menambah,”itu sebabnya sekarang ini politik lebih bersifat perkauman berbanding
dahulu.”
Lim turut menyelar Utusan
kerana bertindak dengan tidak bertanggungjawab dalam menyiarkan laporan apabila
memetik ustaz pondok yang menyatakan “haram” untuk masyarakat Islam menyokong
DAP namun mengatakan MCA dan MIC boleh diterima kerana parti komponen Barisan
Nasional (BN) itu dikenali sebagai penyokong Islam.
“Akhbar yang menyiarkan di
muka hadapannya “Haram sokong DAP” adalah akhbar anti Malaysia,” kata Ahli
Parlimen Ipoh-Timur itu.
Jelasnya jika akhbar yang
rapat dengan BN mengeluarkan kenyataan menentang BN, Umno atau parti komponen,
Menteri Dalam Negeri akan segera menyekat akhbar berkenaan daripada
dikeluarkan.
“Namun inilah PM, Menteri
Dalam Negeri dan kerajaan membenarkan penyiaran artikel yang berunsur perkauman
seperti itu,” kata Lim.
“Adakah Najib, yang
memperjuangkan ‘penyatuan kesederhanaan’ di pentas dunia, akan mengambil
tindakan terhadap Utusan Malaysia atas contoh ekstrimis, ketidak
bertanggungjawaban, menghasut, dan anti semangat kebangsaan, kepercayaan
beragama dan bersatu padu?” cabar Lim.
Akhbar berkenaan melaporkan
ustaz di sekolah pondok, Abdullah Sa’amah, berkata Muslim tidak seharusnya
mengundi DAP dan rakannya PKR dan PAS dalam Pakatan Rakyat (PR) dalam pilihan
raya umum ke-13.
“Perjuangan DAP tidak
menerima Perlrmbagaan (Persekutuan), mereka mahu kesamarataan (untuk) Islam dan
bukan Islam, kuil dan masjid juga mahukan kesamarataan,” kata Abdullah dipetik
Utusan.
“Wajib untuk Muslim dalam
PAS, Umno dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menolak DAP yang cuba mengambil kuasa
melalui pilihan raya.”
“Berdosa menyokong parti
yang bekerjasama dengan DAP kerana menyokong mereka bererti kita juga menyokong
pakatan,” kata pengasas sekolah Pondok Geting di Tumpat.
No comments:
Post a Comment