Oleh : AIDILA RAZAK
NGO pro-Melayu PERKASA
menuntut Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan sekiranya beliau
merupakan individu yang disenaraikan sebagai pemegang jawatan dalam Freemason.
Presiden PERKASA, Datuk
Ibrahim Ali mendakwa, satu kiriman faks kepadanya minggu lalu menyatakan bahawa
seorang lelaki yang namanya sama dengan Anwar merupakan anggota kumpulan
Freemason.
Ibrahim berkata beliau tidak
menuduh Anwar tetapi hanya meminta penjelasan.
"Jika ini ialah Anwar
Ibrahim lain, Alhamdulilllah," katanya yang berkata, Freemason merupakan
pertubuhan yang dikaitkan dengan Zionis.
Malaysiakini telah
menghubungi Anwar untuk mendapatkan komen dan masih menunggu maklum balas
beliau.
Seorang pembantu Anwar,
Najwan Halimi berkata perkara itu pada mulanya dibangkitkan oleh penulis blog
Umno pada 2008 tetapi ia merupakan kes kesilapan identiti.
"Anwar Ibrahim yang
disenaraikan itu merupakan seorang lelaki Arab berperut buncit," kata pembantu
tersebut. (MKINI)
No comments:
Post a Comment