AHLI PARLIMEN Beaufort,
Datuk Lajim Ukin yang telah keluar BN dan mengisytiharkan sokongan kepada
Pakatan Rakyat, mendakwa tiga lagi Ahli Parlimen BN akan lompat parti selepas
Hari Raya.
Beliau memberitahu organ
PKR, Keadilan Daily, bahawa mereka akan berbuat demikian secara berperingkat
beberapa bulan lagi.
“Ini (keluar parti) bukan
spekulasi atau desas-desus tetapi sesuatu yang benar. Bagaimanapun kita tidak
akan dedahkan secara terperinci identiti mereka. Mereka akan umum keluar parti
dan sokong Pakatan secara berperingkat-peringkat selepas sambutan Aidilfitri
sehingga Parlimen dibubar,” katanya kepada Keadilan Daily.
Menurut Lajim lagi, seramai
18 daripada 35 ahli jawatankuasa Umno bahagian Beaufort menuruti langkahnya
meletak jawatan dan mempromosi Pakatan Perubahan Sabah (PPS) yang menyokong
Pakatan.
“Beberapa lagi Ketua
Cawangan Umno Sabah, bekas wakil rakyat dan pemimpin yang pernah menjadi
menteri juga akan keluar parti. Pengumuman itu akan dilakukan pada masa
sesuai,” katanya.
No comments:
Post a Comment